HIDUP SEPERTI POHON YANG RIMBUN TETAPI TIDAK BERBUAH (TAK MENDATANGKAN HASIL) ADALAH MERUGIKAN DAN IBARAT HIASAN SEMATA

Friday, July 20, 2012

Contohilah Resmi Sang Burung



Rezeki tidak datang bergolek tetapi harus diusahakan. Sebaik-baik rezeki datang daripada hasil usaha sendiri. Bukan mengharapkan simpati atau mengambil kesempatan daripada usaha yang dilakukan orang lain.

Contohilah resmi sang burung, yang selalu keluar dari sarang dengan perut kosong tetapi kembali semula dengan perut penuh berisi. Resmi burung turut menjadi perhatian Rasulullah s.a.w seperti sabda baginda:

"Berangkat pada waktu pagi dalam keadaan perut kosong dan pulang sebelah petang dengan perut yang penuh (kenyang)."  (Riwayat Tarmizi dan Ibnu Majah)

Imam Ahmad bin Hambal pernah ditanya seseorang, "apa pendapat tuan mengenai orang yang hanya duduk di rumah atau di masjid dan dia berkata, saya tidak akan mengerjakan sesuatu sehingga rezeki datang dengan sendiri."  Imam Ahmad bin Hambal menjawab, "orang tersebut sangat bodoh dan tidak faham mengenai agama."





Tuesday, May 8, 2012

MOTIVASI PEMBAKAR SEMANGAT

 Sabar

Sabar juga aspek yang tidak kurang penting dalam membantu untuk mencapai kejayaan . Ini kerana kejayaan bukanlah sesuatu yang mudah untuk diperolehi sebaliknya untuk mendapat kejayaan pelbagai halangan dan dugaan harus ditempuhi. Halangan dan dugaan ini dapat diatasi dengan adanya sifat sabar.Dalam Alquran terdapat lebih 70 tempat yang menceritakan tentang sabar , antaranya firman Allah dalam surah Al Qasas ayat 54 yang bermaksud “ Mereka itu diberi pahala dua kali disebabkan kesabaran mereka” . Dalam Surah AzZUmar Ayat 10 yang bermaksud “ sesungguhnya hanya orang yang bersabarlah yang dicukupkan pahala mereka tanpa batasan”.Firman Allah juga dalam surah Al Anfaal ayat 46 yang bermaksud “ Bersabarlah kerana Allah bersama orang yang bersabar”. Tidak syak lagi orang yang Allah berada bersama dengannya akan mendapat kejayaan.



Tidak bertangguh/ Menjaga masa

Melakukan usaha dengan perancangan yang rapi tanpa membazirkan masa , tenaga dan wang ringgit adalah satu jaminan untuk mengecapi sesuatu kejayaan. Pepatah juga ada mengatakan masa itu emas . Ini menunjukkan bahawa masa itu sangat berharga dan perlu dirancang untuk perkara –perkara yang terbaik

Firman Allah dalam surah al Asr ayat 1-3 yang bermaksud “ Demi masa , sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian , kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amalan soleh , dan nasihat menasihati dalam perkara kebenaran dan nasihat menasihati dalam kesabaran “



Menjaga kesihatan

Kesihatan mental dan fizikal sangat penting kepada seseorang . Tanpa kesihatan fizikaldan mental, kejayaan tidak akan dapat dicapai .Pepatah mengatakan “ Akal yang cerdas datangnya daripada badan yang sihat.Ibadat dalam Islam seperti solat , puasa ,haji merupakan satu bentuk riadah untuk menyihatkan jasmani dan rohani.

Setiap kejayaan memerlukan usaha yang gigih dan tekun untuk mencapainya. Kejayaan tidaka akan menjelma dengan sendiri. Oleh itu kita perlulah melakukan usaha yang dapat melepasi halangan untuk sampai kepada kejayaan yang diinginkan.



 Tidak Mudah Berputus Asa

Sekali gagal tidak bermakna gagal untuk selama-lamanya, sebaliknya kita hendaklah menjadikan kegagalan itu sebagai pedoman dan iktibar untuk memperbaiki kelemahan yang ada seterusnya mencapai kejayaan yang diingini.Andaikata kita membaca riwayat hidup tokoh-tokoh terkenal dunia kita akan dapati mereka juga menghadapi kegagalan pada permulaan usaha mereka,namun dengan usaha yang tidak mengenal erti putus asa mereka akhirnya berjaya sepertimana yang berlaku kepada adik beradik Albur dan Wilbur dalam usaha mereka mencipta kapal terbang.

Firman Allah dalam surah Yusuf ayat 87 yang bermaksud “ Jangan kamu berputus asa dalam mencacri nikmat dan rahmat Allah kerana hanya orang kafir sahajalah yang akan berputus asa daripada rahmat Allah”

Wednesday, February 15, 2012

SALAHKAH AKU...?

Aku sedar dgn pekerjaanku sekarang, ramai kawan2 yg menjauhkan diri dariku....apakah salah aku..?
Aku tak meminta sedekah.....aku tak merompak harta org.....aku tak makan org....aku tak melagakan org......aku tak memaksa org mengikut apa yg ku kata.....aku hanya meminta pertolongan dari segi LISAN dan PENDAPAT aje.....mengapa kawan2 perlu rasa takut dan menjauhkan diri...?
Yg penting kerjaku adalah HALAL berlandaskan hukum syarak dan mengikuti etika agama yg ditentukan. Kerjaku menolong insan utk masa depan....jika ramai yg tak suka caraku bekerja dibawah undang2 Islam, terpulanglah......kerana ada sebahagian umat Islam skrg yg tak tahu cara penyelesaian kehidupan utk masa depan yg mengikut hukum syarak yg perlu mereka ikuti, dengar dan ambil. Ada yg tahu, tapi masih menunjukkan sikap sambil LEWA dan tak MENGENDAHKAN masa depan masing2. Org skrg suka pada...."Sudah terhantuk baru nak tengadah..."





 Tak suka tak apa....! aku tak rugi apa2....! Yang penting, kerja yg kulakukan adalah NIAT kerana ALLAH S.W.T.....
Kerjaku tak duduk senang lenang....kerjaku tak makan gaji buta....kerjaku bukan main2....kerjaku menggunakan tulang empat kerat.....kerjaku menggunakan akal yg tajam.....kerjaku mencari Ilmu dan memberi Ilmu....Rezeki yg kuperolehi dengan cara HALAL. Rezeki yg kudapat dengan hasil keringatku, tidak akan kubiarkan RIAK memakan diri.





......"Setiap titis keringatku bekalkan bersama Akal yg Tajam utk mencungkil Ilmu yg Dalam bak Lautan....Tinggi bak Langit ke Tujuh....Jauh Permai bak Seluas Padang Pasir, utk kuperjuangkan hak org Islam yg kian Tandus dan jauh ketinggalan dari bangsa lain."


RENUNGAN:


Jangan kau dengar satu patah perkataan lalu mencelah untuk membantah.....sedangkan sepuluh patah perkataan lagi yg mungkin lebih baik, telah kau tinggalkan dalam kerugian.


"Allah tidah mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka sendiri berusaha untuk berubah..."


 Luahan rasa.....
Kita dapat menilai akan sesuatu itu samada ia Intan atau Kaca bila ia diuji....