Kita perlu mempunyai satu sikap yang dipanggil yakin diri. Apabila kita mempunyai keyakinan diri, maka kita akan mempunyai masalah untuk melakukan sesuatu pekerjaan yang disuruh oleh pihak lain sewaktu bekerja. Kita yakin bahawa kita boleh melakukan kerja yang disuruh dengan mudah dan tiada sebarang masalah yang dihadapi. Apa yang penting ialah, kita mesti menghargai kebolehan diri sendiri dan memulakan hidup dengan lebih ceria.
"Cintailah diri kamu sendiri sebelum kamu mencintai diri orang lain". Jelas daripada maksud sepotong hadis ini, kita dapat memahami bahawa kita perlu mencintai diri sendiri terlebih dahulu berbanding orang lain. Diri kita yang selama ini masih pada tahap lama dalam pekerjaan perlu dipertimbangkan dengan cara yang dinyatakan diatas. Kita perlu memulakan kehidupan kita dengan ceria dan penuh dengan senyuman.
Apabila kita menyukai sesuatu perkara atau pekerjaan, maka kita akan mencintainya, dan bila cinta itu hadir, maka kita akan menghargai segalanya, dan jika kita menghargai sesuatu perkara, maka timbulah satu tanggung jawab yang harus kita pikul untuk mendisiplinkan diri. Segala-galanya lahir dari dalam diri, dan setiap perbuatan adalah bermula dari dalam diri dan juga dimulakan dari dalam rumah.
Tujuan sebenar hidup adalah untuk mengabdikan diri kepada Allah SWT. Kita kadang-kadang lupa pada pencipta apabila dikurniakan nikmat. Jangan sangka nikmat yang diberikan itu berpanjangan, kerana bila2 masa saja akan ditarik. Apabila ditarik keseronokan yang selama ini diberi barulah kita mula mencarinya. Begitulah kehidupan manusia yang sentiasa melakukan kesilapan tetapi ruang untuk bertaubat sentiasa terbuka. Seteruk mana pun kesalahan yang dilakukan masih ada lagi ruang untuk memperbaiki diri.
Firman Allah dalam surah Al-Mulk Ayat 2 yang bermaksud :
"Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu : siapakah diantara kamu yang lebih baik amalnya dan ia maha kuasa (membalas amal kamu), lagi maha pengampun, (bagi orang2 yang bertaubat)."
Oleh yang demikian tetapkanlah hala tuju. Tahu tanggungjawab dan keutamaan anda. Jangan habiskan masa dengan perbuatan yang sia2. Jangan sia-siakan hidup dengan duduk diatas kerusi sambil jari-jemari menekan tetikus dan mata melihat status facebook sepanjang hari tanpa ada rehat. Bersedialah untuk berubah kerana Allah. Kita sebenarnya sudah memilih landasan yang betul sebagai panduan, cuma yang membezakan adalah sejauh mana kita boleh menggunakan panduan tersebut untuk kekal berada dijalan yang benar.
Internet juga bukan untuk membuang masa dan melalaikan setiap orang, tetapi carilah manfaat berguna dan carilah ilmu yang sesuai untuk kita pelajari dari dalam internet. Jangan sampai melayari internet hingga lupa hal2 dunia dan akhirat.
moga segala luahan dan kata2 dalam blog ini tidak menyinggung mana2 pihak yang membaca. sekadar renungan untuk kita sama2 perbaiki diri. Saya juga mempunyai banyak kesilapan dan kesalahan, harap maaf.
"Sesungguhnya segala yang baik itu datangnya dari Allah, dan yang buruk itu adalah dari kesilapan saya sendiri".