HIDUP SEPERTI POHON YANG RIMBUN TETAPI TIDAK BERBUAH (TAK MENDATANGKAN HASIL) ADALAH MERUGIKAN DAN IBARAT HIASAN SEMATA
Showing posts with label Renungan. Show all posts
Showing posts with label Renungan. Show all posts

Tuesday, December 14, 2010

Tujuh Golongan Yang Akan Dilindungi Allah S.W.T






Kepada kaum lelaki khususnya untuk anda ambil iktibar dan renungi.

Hazrat Abu Hurairah R.A meriwayatkan bahawa Rasullullah S.A.W bersabda......
Tujuh golongan yang akan dilindungi Allah S.W.T di bawah bayangan rahmatnya pada hari yang tiada bayangan selain daripada bayangan rahmatnya iaitu: -


  1. Pemerintah yang adil.
  2. Pemuda yang menggunakan masa muda remajanya untuk beribadat kepada Allah.
  3. Lelaki yang hatinya sentiasa terpaut pada Masjid.
  4. Dua orang yang berkasih sayang antara satu sama lain kerana Allah. Mereka berkumpul dan berpisah kerana Allah.
  5. Lelaki yang digoda oleh wanita bangsawan yang cantik, lalu dia berkata, "sesungguhnya saya takut kepada Allah."
  6. Seseorang yang memberi sedekah secara sembunyi sehingga tangan kirinya tidak tahu sedekah yang diberikan oleh tangan kanannya.
  7. Lelaki yang mengingati Allah S.W.T berseorangan diri sehingga berlinangan air matanya.
Hadis riwayat Imam Bukhari, Muslim dan lain-lain.



Tuesday, December 7, 2010

MARAH BOLEH GELINCIRKAN KITA KE NERAKA



Adab bercakap untuk mengelakkan marah.
Lisan harian munusia perlu dijaga, kerana setiap tutur yang keluar akan mempengaruhi orang lain. Dari percakapan juga boleh menimbulkan rasa tidak puas hati diantara satu sama lain. Itulah gunanya adab ketika berbicara untuk mendidik manusia menjadi sopan santun. Sedangkan dalam Islam ada menekankan tentang adab sopan ketika berbicara. Disini saya ingin berkongsi Ilmu tentang adab ketika berbicara bersama insan lain.


  • Ada dua pilihan untuk kita memilih dalam berbicara....iaitu samada  berbicara dengan baik atau diam sahaja.
  • Jangan sekali bercakap bohong, kerana orang yang suka bercakap bohong akan tercatat disisi Allah sebagai pendusta.
  • Jangan sekali mencelah setiap percakapan orang lain, biarlah seseorang itu habis bercakap dahulu kerana ini akan dipandang tidak baradab lansung jika mencelah percakapan orang lain.
  • Jangan mengejek......Dari percakapan yang keluar jangan sampai ada unsur-unsur mengejek atau perli seseorang walau pun orang yang kita tidak kenali. Ini adalah disebabkan berkemungkinan orang yang kita ejek itu adalah lebih baik dari kita.
  • Ucapan manis.......Sentiasa menegur sapa jiran dan kawan dengan ucapan yang manis dan selalu menghulur senyuman keikhlasan.
  • Tegur sikap dengan lembut..........Jika ingin menegur sikap dan kesalahan seseorang haruslah menggunakan ucapan yang lembut dan bukan menengking, kerana setiap perbuatan yang jahat akan lemah dengan setiap tutur yang lembut dan sopan.
  • Jangan mengadu domba diantara satu sama lain, kerana melaga-lagakan kawan hingga menimbulkan kemarahan dengan percakapan yang tidak betul akan mengundang kita keneraka.
  • Jauhi percakapan yang sia-sia dan dosa semata-mata. Kerana perbualan yang sia-sia dan membuang masa dengan isi kandungan yang tidak berfaedah akan menjauhkan kita dari Allah.
  • Harus menjaga rahsia yang diamanahkan dan jangan sekali menimbulkan kemarahan orang dengan membongkar rahsia saudara sendiri.....kerana orang yang menutupi rahsia saudaranya didunia, Allah akan menutupi rahsianya pada hari kiamat.
  • Perlu diingat.........barang siapa tidak marah, maka dia lemah dari melatih diri. Yang baik adalah mereka yang marah namun dapat menahan dirinya. (imam al-Ghazali)
Segala yang kuluahkan ini adalah untuk renungan kita bersama dan kena ingat juga...... 
"setiap yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk itu adalah dari kita sendiri"

Wednesday, November 24, 2010

ANTARA WANITA, PEREMPUAN DAN BETINA

Antara Wanita.....Perempuan dan Betina ada banyak perbezaan. Jangan salah memberi taraf yang baik molek dan kurang sempurna diantara ketiga kategori ini. Disini anda boleh nilaikan yang mana adalah perwatakkan yang sempurna dan sebaliknya untuk anda meletakkan kategori seseorang dari pandangan mata anda.........Tapi Awas....! berhati-hati dalam manilai seseorang kerana dari perkataan yang keluar akan membuat seseorang sakit hati dan menimbulkan dendam.......cukup sekadar renungan kita bersama......dan anda juga boleh memilih dari kategori yang mana adalah perwatakkan anda.......:-


WANITA


Sifat-sifat seorang Wanita yang baik dan disanjung disisi Islam adalah yang pandai menjaga Tingkah laku dan tutur kata. Wanita yang menutup Aurat adalah yang paling sempurna dan kecantikkan azalinya terserlah tanpa perlu bersolek untuk tuntunan umum. Sentiasa menjaga solat, puasa dan membaca Al-Quran. Taat perintah Allah dan taat pada Suami. Seorang Wanita mulia mestilah pandai menjaga maruah diri, rumahtangga, melayan suami dan harta. Wanita juga adalah bijak menyesuaikan diri dalam pergaulan dan menguruskan keadaan serta tidak mudah melenting. Wanita juga pandai menyimpan rahsia suami. Wanita juga harus pandai menilai yang mana baik dan buruk sesuatu perkara. Wanita tidak mudah terpengaruh dengan godaan yang boleh merosakkan akidah seseorang dan juga sesama islam. Wanita dalam Islam tahu cara menghormati sesama insan dan bijak menyelesaikan masalah.


PEREMPUAN


Perwatakkan seorang perempuan pula ialah, mereka bekerja mengikut waktu pejabat. Kebanyakkan masa habis ditempat kerja bersama rakan-rakan. Masa untuk diluangkan bersama keluarga terhad. Anak kurang mendapat perhatian dan kasih sayang. Hujung minggu adalah hari keluarga pada seorang perempuan yang bekerja. Sedikit sebanyak boleh dikatakan rumahtangga seorang perempuan yang bekerja mula terabai dan kurang sempurna. Kadang bila bercampur bersama rakan.....pengaruh dan godaan mudah terjadi hingga merosakkan akidah dan sifat kewanitaan semulajadi. Sungguh pun Aurat ditutup, namun solekkan tetap ditonjolkan pada tuntunan umum. Memperagakan fesyen diantara rakan. Solat dan puasa dijaga.....tapi Al-Quran jarang dibaca kerana kepenatan. Adakalanya perempuan kurang menghormati sesama sendiri dan orang lain. Perempuan biasanya suka menarik perhatian ramai dan adakalanya bersikap ego.


BETINA


Betina mempunyai sifat yang terlalu jauh berbeza dengan seorang Wanita dan Perempuan. Mereka ni tergolong dalam kategori insan yang lalai dan tiada maruah. Kehidupan mereka banyak dihabiskan dengan membuang masa dan membuat kerja yang tiada hujung jalan atau masa depan. Betina selalunya suka mendedahkan Aurat untuk menggoda seseorang. Betina juga biasanya jarang mengerjakan solat, puasa dan tidak pernah membaca Al-Quran. Duduk berlonggok, mengumpat, mengeji, memfitnah dan jaga tepi kain orang adalah dilarang dalam Islam.....tapi selalunya itulah yang dilakukan oleh seorang betina. Tutur kata seorang betina biasanya berbau lucah dan tidak sopan. Betina juga tidak pernah menghormati orang lain malah suka membanggakan diri, sombong serta selalu keluar malam dan pulang pagi hari. Betina selalunya membuat orang mudah tertarik dengan dirinya dan suka membuat perangai mengada-ngada. 


            ====//====

Apa yang saya cuba terangkan diatas tiada kaitan dengan seseorang.
Ini hanyalah sekadar renungan untuk kita sebagai kaum Hawa memperbaiki diri dan Akidah kita sebagai umat Islam. Sesungguhnya setiap yang baik itu datangnya dari Allah......dan setiap yang buruk itu adalah dari kesilapan kita sendiri. Mudah-mudahan kita dapat memperbaiki diri kejahatan dan menjauhkan diri dari perkara yang merugikan. Semoga dengan penilaian sifat WANITA, PEREMPUAN DAN BETINA 
dapat memberi sedikit panduan untuk kita. Semoga Allah memberi Rahmat dan Keberkatan untuk kita semua menjadi WANITA yang mulia disisi Allah.

"Sampaikanlah pesan walau satu ayat sekali pun untuk berdakwah"