HIDUP SEPERTI POHON YANG RIMBUN TETAPI TIDAK BERBUAH (TAK MENDATANGKAN HASIL) ADALAH MERUGIKAN DAN IBARAT HIASAN SEMATA

Tuesday, December 14, 2010

Tujuh Golongan Yang Akan Dilindungi Allah S.W.T






Kepada kaum lelaki khususnya untuk anda ambil iktibar dan renungi.

Hazrat Abu Hurairah R.A meriwayatkan bahawa Rasullullah S.A.W bersabda......
Tujuh golongan yang akan dilindungi Allah S.W.T di bawah bayangan rahmatnya pada hari yang tiada bayangan selain daripada bayangan rahmatnya iaitu: -


  1. Pemerintah yang adil.
  2. Pemuda yang menggunakan masa muda remajanya untuk beribadat kepada Allah.
  3. Lelaki yang hatinya sentiasa terpaut pada Masjid.
  4. Dua orang yang berkasih sayang antara satu sama lain kerana Allah. Mereka berkumpul dan berpisah kerana Allah.
  5. Lelaki yang digoda oleh wanita bangsawan yang cantik, lalu dia berkata, "sesungguhnya saya takut kepada Allah."
  6. Seseorang yang memberi sedekah secara sembunyi sehingga tangan kirinya tidak tahu sedekah yang diberikan oleh tangan kanannya.
  7. Lelaki yang mengingati Allah S.W.T berseorangan diri sehingga berlinangan air matanya.
Hadis riwayat Imam Bukhari, Muslim dan lain-lain.



Friday, December 10, 2010

TANDA-TANDA KEMATIAN SESEORANG




100 hari sebelum kematian:
Ini adalah tanda pertama dari Allah kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma sama ada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil.

40 hari sebelum kematian:
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arasy Allah. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih akan merasakan seakan-akan bingung seketika.

7 hari sebelum kematian:
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba- tiba ianya berselera untuk makan.

3 hari sebelum kematian:
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu di antara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

1 hari sebelum kematian:
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

Tanda akhir sebelum kematian:
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

Kubur/liang lahat Setiap Hari Menyeru kepada Manusia Sebanyak 5 Kali.

1. Aku rumah yang terpencil, maka akan senang dengan selalu membaca Al-Quran.
2. Aku rumah yang gelap, maka terangilah aku dengan selalu sholat malam.
3. Aku rumah yang penuh tanah dan debu, bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.
4. Aku rumah ular berbisa, maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawarnya.
5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nankir, maka banyaklah bacaan Laa illaa ha illallah, Muhammadur Rasulullah?supaya kamu dapat menjawabnya.
                                  
Sumber : Tausyiahislamiyyah

Tuesday, December 7, 2010

MARAH BOLEH GELINCIRKAN KITA KE NERAKA



Adab bercakap untuk mengelakkan marah.
Lisan harian munusia perlu dijaga, kerana setiap tutur yang keluar akan mempengaruhi orang lain. Dari percakapan juga boleh menimbulkan rasa tidak puas hati diantara satu sama lain. Itulah gunanya adab ketika berbicara untuk mendidik manusia menjadi sopan santun. Sedangkan dalam Islam ada menekankan tentang adab sopan ketika berbicara. Disini saya ingin berkongsi Ilmu tentang adab ketika berbicara bersama insan lain.


  • Ada dua pilihan untuk kita memilih dalam berbicara....iaitu samada  berbicara dengan baik atau diam sahaja.
  • Jangan sekali bercakap bohong, kerana orang yang suka bercakap bohong akan tercatat disisi Allah sebagai pendusta.
  • Jangan sekali mencelah setiap percakapan orang lain, biarlah seseorang itu habis bercakap dahulu kerana ini akan dipandang tidak baradab lansung jika mencelah percakapan orang lain.
  • Jangan mengejek......Dari percakapan yang keluar jangan sampai ada unsur-unsur mengejek atau perli seseorang walau pun orang yang kita tidak kenali. Ini adalah disebabkan berkemungkinan orang yang kita ejek itu adalah lebih baik dari kita.
  • Ucapan manis.......Sentiasa menegur sapa jiran dan kawan dengan ucapan yang manis dan selalu menghulur senyuman keikhlasan.
  • Tegur sikap dengan lembut..........Jika ingin menegur sikap dan kesalahan seseorang haruslah menggunakan ucapan yang lembut dan bukan menengking, kerana setiap perbuatan yang jahat akan lemah dengan setiap tutur yang lembut dan sopan.
  • Jangan mengadu domba diantara satu sama lain, kerana melaga-lagakan kawan hingga menimbulkan kemarahan dengan percakapan yang tidak betul akan mengundang kita keneraka.
  • Jauhi percakapan yang sia-sia dan dosa semata-mata. Kerana perbualan yang sia-sia dan membuang masa dengan isi kandungan yang tidak berfaedah akan menjauhkan kita dari Allah.
  • Harus menjaga rahsia yang diamanahkan dan jangan sekali menimbulkan kemarahan orang dengan membongkar rahsia saudara sendiri.....kerana orang yang menutupi rahsia saudaranya didunia, Allah akan menutupi rahsianya pada hari kiamat.
  • Perlu diingat.........barang siapa tidak marah, maka dia lemah dari melatih diri. Yang baik adalah mereka yang marah namun dapat menahan dirinya. (imam al-Ghazali)
Segala yang kuluahkan ini adalah untuk renungan kita bersama dan kena ingat juga...... 
"setiap yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk itu adalah dari kita sendiri"

Monday, December 6, 2010

12 GOLONGAN DIPADANG MASYAR






Menurut Rasulullah S.A.W umatnya akan dibahagikan kepada 12 kumpulan dipadang Masyar :


Kumpulan Pertama....:
Mereka diiringi daripada kubur mereka tanpa kaki, kemudian ada suara mengatakan.....
"mereka adalah orang-orang yang selalu menyakiti tetangga, maka inilah balasannya."


Kumpulan Kedua.....:
Mereka diiringi dari kubur dengan wajah menyerupai kinzir dan warna hitam , kemudian ada  suara mengatakan....."Mereka adalah golongan orang yang tidak pernah solat atau bersolat tapi masih melakukan perkara mungkar semasa hidup, maka inilah balasan dan nerakalah tempatnya."


Kumpulan ketiga.....:
Mereka diiringi daripada kubur dengan perut seperti gunung, penuh dengan ular dan kala jengking, maka terdengar suara mengatakan...... "mereka adalah golongan orang yang tidak mengeluarkan zakat, maka inilah pembalasannya dan Neraka tempat kembali."


Kumpulan Keempat......:
Mereka diiringi dari kubur dengan mengalir dari mulutnya darah, maka terdengarlah suara dari yang maha pemurah....... "Mereka adalah orang yang menipu didalam jual beli, maka inilah pembalasannya dan tempat kembalinya mereka adalah Neraka."


Kumpulan Kelima......:
Mereka diiringi dari kubur mereka dengan hembusan angin yang busuk, lebih busuk dari bangkai, maka terdengarlah suara mengatakan....... "Mereka adalah golongan orang yang membuat dan menyembunyikan maksiat dan kejahatan kerana takut kepada manusia bukannya Allah s.w.t."


Kumpulan Keenam......:
Mereka diiringi dari kubur dengan leher dan tengkuk yang terputus, maka terdengarlah suara yang mengatakan....... "Mereka adalah orang yang memberikan saksi palsu sehingga teraniaya dan inilah pembalasannya dan tempat kembali mereka adalah Neraka."


Kumpulan Ketujuh........:
Mereka diiringi dari kubur tanpa mempunyai mulut dan dari mulut mereka keluar muntah-muntah dan darah maka terdengarlah suara mengatakan........ "Mereka adalah golongan orang yang tidak mahu bercakap benar, sembunyikan kemungkaran, maka tempat kembali mereka adalah Neraka."


Kumpulan Kelapan.......:
Mereka diiringi dari kubur dengan kepala diatas dan kaki dibawah serta kemaluan ditusuk besi panas sehingga bernanah........ " Mereka adalah golongan orang yang berbuat zina dan melacurkan diri tanpa bertaubat, maka tempat kembali mereka adalah Neraka."


Kumpulan Kesembilan....:
Mereka diiringi dari kubur dengan wajah hitam, mata dan perut penuh dengan api, maka terdengarlah suara yang maha pemurah........ "Mereka adalah golongan orang yang memakan harta anak yatim dan inilah pembalasan maka tempat kembali mereka adalah neraka."


Kumpulan Kesepuluh......:
Mereka diiringi dari kubur dengan badan penuh sopak, kurapdan belak (sejenis penyakit kulit yang amat gatal), maka terdengarlah suara mangatakan........"Mereka adalah golongan orang yang menderhaka kepada kedua Ibubapanya dan inilah pembalasannya maka tempat kembali mereka adalah neraka."


Kumpulan Kesebelas........:
Mereka diiringi dari kubur dengan buta mata, hati dan giginya seperti tanduk banting, bibir memanjang sampai kedada, lidahnya menjulur panjang dan perutnya keluar kotoran......... "Mereka adalah golongan orang yang meminum arak dan makan yang tak halal."


Kumpulan Kedua  Belas......:
Mereka diiringi dari kubur seperti bulan purnama dengan wajah yang berseri-seri, mereka adalah orang-orang yang beriman, beramal soleh dan solehah, membuat kebajikan dan menjauhi perbuatan jahat, selalu bertaubat, serta takut melakukan dosa dan mendapat keampunan dari Allah S.W.T


Oleh itu golongan manakah yang akan kita berada nanti dipadang Masyar ????
Semuanya bergantung kepada amalan yang kita buat didunia ini......Renungkanlah.....

Friday, December 3, 2010

FANATIK TENTANG FESYEN

     
      Disini saya ingin berkongsi cerita tentang fesyen dan gaya seorang wanita. Mengikut dari pengalaman yang saya ada dan saya lihat sendiri, kebanyakkan kaum wanita memang suka berfesyen. Sebenarnya berfesyen itu tidak salah dari segi hukum.....tetapi memadailah dengan usia dan batas-batas Agama yang telah digariskan dalam Islam. Diruangan ini juga saya tidak menyalahkan atau menuding jari pada mana-mana pihak.

      Seperti yang saya telah lihat disekeliling kehidupan didunia ini, memang fesyen mempengaruhi minda orang perempuan khususnya. Pakaian wanita ada berbagai jenis fesyen dan gaya untuk dipilih....tidak seperti pakaian lelaki yang cukup dengan satu fesyen. Ada dikalangan wanita kita yang sanggup berhabis duit oleh kerana terlampau fanatik dengan fesyen. Kadang-kadang kerana terlalu fanatik berfesyen, seseorang itu akan menjadi hamba fesyen hingga sampai tahap tidak dapat membuat pilihan yang tepat untuk fesyen diri sendiri. Oleh itu jangan sampai kita jadi hamba fesyen.

      Apa yang saya ingin tekankan disini ialah fesyen yang terbaik untuk wanita Islam seluruhnya adalah yang kemas sesuai dengan diri dan yang paling penting menutup aurat. Jika aurat terjaga, maka fesyen apa pun yang dipakai akan tetap kelihatan menarik pada diri sipemakainya.

      Kebanyakkan yang saya lihat orang perempuan sering kali tersilap dalam memilih fesyen. Jika bertudung khususnya.....jangan sesekali memakai baju lengan pendek seperti t-shirt. Memakai tudung juga harus menutup bahagian dada jangan sampai terdedah menampakkan leher yang luas. Jika memakai kain haruslah yang menutupi ruangan kaki jangan sampai kain terbelah. Pakaian juga memainkan peranan untuk pilihan umum. Bagi yang bertudung dah tentu pakaian yang sopan dan menutup aurat menjadi pilihan hati.

      Berbeza pula dengan perempuan yang tidak bertudung. Mereka bebas memakai apa saja pakaian......tetapi awas...!!!! perempuan yang tidak bertudunglah selalunya silap memilih fesyen yang sesuai dengan diri dan budaya masing-masing. Ramai perempuan diluar sana suka kepada pakaian seksi (menjolok mata). Mereka sebenarnya silap.....garis panduan tentang fesyen bukan ikutan untuk kita tiru. Kebanyakkan orang Melayu Islam, selalu membuat kesilapan bahawa semua fesyen didunia ini boleh diperagakan ikut suka hati saja. Apa yang saya pandang diluar sana.....ramai perempuan yang suka pakai pakaian seksi. Ada yang sanggup membeli baju yang mendedahkan aurat seperti t-shirt yang ketat dan leher luas hingga menampakkan lurah payudara. Jika pakaian berbutang didepan, mereka akan membuka butang hingga menampakkan lurah.......untuk apa itu semua...????? Pada pendapat saya itu semua mengundang gejala rogol dan maksiat. Jika terjadinya perkara begini, mungkin itu adalah kerelaan hati kerana cara pakaian yang menggoda hingga menarik minat sipemuas nafsu. Jika kes hilang maruah atau keremajaan terjadi, jangan hanya tahu meyalahkan pihak lelaki semata....fikir dulu cara pakaian simangsa itu juga.

       Harap dengan info ini dapat memberi sedikit panduan dalam memilih fesyen yang sesuai dengan jiwa kita orang Islam. Nasihat saya untuk semua wanita....... " berhati-hatilah dalam memilih fesyen" jangan main tangkap muat saja. Fesyen juga boleh merosakkan perilaku seseorang.

Info penting :-

  1. Jika seseorang wanita itu mempunyai kecantikkan azali semulajadi, maka cukup untuknya mengenakan make-up yang nipis tanpa memerlukan masa yang lama untuk menghias wajah dihadapan cermin. Ini disebabkan mereka mempunyai keyakinan yang tinggi akan diri mereka dengan ciptaan Allah. 
  2. Berbeza dengan mereka yang rasa tidak yakin dengan wajah ciptaan Allah yang sudah semestinya sempurna, hingga sanggup menghambakan diri dihadapan cermin berjam-jam lamanya semata-mata untuk kelihatan "cantik"......tapi hakikat sebenar setelah make-up tebal hingga merubah paras rupa yang berbeza dengan warna kulit yang lain mendapati hasil sebenar seperti "hantu."
  3. Perlu diingat bahawa sesungguhnya Allah mencipta sesuatu kaum itu "cantik" semulajadi. Jangan sesekali merubah ciptaannya hingga sanggup mengguna alat suntikkan dan pembedahan plastik.....itu dah membawa kepada syirik.
Semoga coretan ini menjadi panduan untuk kita muhasabahkan diri.       
Yang paling penting untuk kita kaum wanita khususnya ingatlah............
"Biar cacat diluar jangan sampai cacat didalam"


Monday, November 29, 2010

MANA MILIK KITA (video & lirik)




Mana milik kita
Tidak ada milik kita
Semua yang ada
Allah yang punya

Tidak ada kita punya
Kita hanya mengusahakan saja
Apa yang kita dapat
Allah sudah sediakannya

Kita Allah punya
Bumi langit ciptaanNya
Miliklah apa saja
Tidak terlepas dari ciptaanNya

Mana kita punya
Tidak ada kepunyaan kita
Kita hanya mengusahakan
Apa yang telah ada

Mana milik kita
Tidak ada milik kita
Semua yang ada
Allah yang punya

Tidak ada kita punya
Kita hanya mengusahakan saja
Apa yang kita dapat
Allah sudah sediakannya

Mengapa kita sombong
Memilik Allah punya
Mengapa tidak malu
Kepada Allah yang empunya

Patut bersyukur kepada Allah
Yang memberi segalanya
Malulah kepada Allah
Kerana milik Ia punya

Janganlah berbangga
Apa yang ada pada kita
Kalau Allah tidak beri
Kita tidak punya apa-apa

Janganlah mengungkit
Mengungkit jasa kita
Jasa kita di sisiNya
Yang sebenarnya Allah punya

Marilah kita bersyukur
Bukan berbangga
Bersyukur kepada Allah
Bukan mengungkit jasa

Gunakanlah nikmat Allah itu
Untuk khidmat kepadanya
Selepas itu lupakan saja
Agar tidak mengungkit-ungkitnya

Mana milik kita
Tidak ada milik kita
Semua yang ada
Allah yang punya

Tidak ada kita punya
Kita hanya mengusahakan saja
Apa yang kita dapat
Allah sudah sediakannya…



Thursday, November 25, 2010

KATA MUTIARA HIKMAH

Dunia ini ibarat pentas lakonan
Manusia itulah pelakon dan pengarah utamanya
Al-Quran dan As Sunnah itulah skripnya
Malaikat itulah jurugambarnya
Islam itu jalan ceritanya
Kiamat itulah kesudahan pengambarannya
Padang Masyar tempat penganugerahannya
Rasulullah SAW adalah penerima anugerah terbaiknya
Allah SWT adalah Hakimnya
Syurga atau neraka adalah trofinya


~ Menangisi perpisahan akibat gagal bercinta adalah satu pembaziran mutiara jernih kita dan   juga menguji sejauh mana kebodohan kita tetapi dengan menangisi dan menyesali akan dosa kita lantas meminta pengampunan dariNya akan lebih menjamin dunia dan akhirat

~ Seseorang yang berperibadi kuat umpama besi waja semakin dibakar oleh keadaan semakin dititik oleh cabaran hidup, semakin teguh dan waja untuk menhadapi hidup. 

~ Seseorang yang berperibadi lemah laksana tanah apabila diketuk oleh cabaran hidup ia akan berkecai

~ Tingkahlaku adalah umpama cermin dalam mana setiap orang mempamerkan imejnya

~ Lihatlah di sekeliling kamu dan teguhkan pendirianmu, sepanjang hidup dan usiamu jangan mudah berputus harapan, senyum yang kau berikan dan air mata yang kau titiskan, simpan…jadikan tauladan, segala yang kau pandang dan dengar, simpan…buat pedoman

~ Perkataan yang lemah lembut itu melembutkan hati yang lebih keras dari batu batu dan perkataan yang kasar akan mengasarkan hati yang lebih halus dari sutera

~ Kegagalan pertama, tidak ianya terus gagal tetapi ianya akan membangkitkan cita cita yang bersemangat lagi teguh bagi sesiapa yang pernah mengalaminya

~ Airmata penyesalan yang mengalir umpama sungai yang mengalir mencuci kekotoran hati

~ 1000 mancis tidak menerangi kau di dalam kegelapan buat selama lamanya tetapi cahaya keimanan dapat membawa kau ke jalan kesenangan

~ Adalah lebih baik memiliki wajah yang hodoh dari lidah yang hodoh kerana wajah yang hodoh tidak mungkin boleh menyakiti hati orang lain tetapi lidah yang hodoh boleh mengeluarkan kata kata yang melukakan

~ Janganlah bersumpah baik demi langit, mahupun demi bumi atau demi apa pun juga. Katakan sahaja ‘ya’ atau ‘tidak’ supaya kita tidak berbuat dosa atau terhukum kerana sumpah itu

~ Belajarlah bersyukur ketika mendapat keuntungan dan belajarlah tersenyum ketika menghadapi kerugian

~ Cintaku kepada Tuhan kerana aku adalah ciptaan-Nya. Cintaku terhadap seseorang itu adalah kerana perasaan yang dicipta-Nya

~ Terbitnya kebaikan dari keburukan dan terbitnya amalan dari pengetahuan

~ Orang yang suka mengkhianati teman sendiri adalah ibarat binatang yang suka memakan bangkai. Bertambah busuk bangkai bertambah pula seleranya

~ Mengapa manusia gemar mencetuskan pertelingkahan sedangkan manusia itu sendiri dilahirkan adalah dari hasil sebuah kemesraan

~ Air susu ibu bagaikan aliran sungai di dalam Syurga yang membesarkan kita sehingga mengenal erti kehidupan. Oleh itu agungilah jasa ibu

~ Tiada gunanya 1000 janji janji manis yang dilafazkan sekiranya kau selitkan sekali kata-kata dusta yang kau akhiri dengan kemaafan

~ Kewajipan merupakan satu kuasa yang bangun bersama kita disebelah pagi dan berehat bersama sama kita di sebelah malam. Ia ibarat bayang bayang yang mengikut ke mana sahaja kita pergi

~ Sekeras keras batu dapat dihancurkan oleh titis air yang lembut. Begitu jua sekeras keras hati dapat ditundukkan oleh jirusan kata-kata lembut

~ Teman yang banyak boleh diibaratkan seperti pasir pasir di pantai tetapi teman yang satu adalah mutiara di antara pasir pasir itu

~ Manusia yang memiliki mata kepalsuan yang cuma melihat pada keindahan dan kecantikan adalah tergolong dalam golongan kaum yang rendah martabatnya yang mana mereka akan dibebani dosa

~ Membiarkan dirimu dibuai perasaan samalah seperti membenarkan diri dibuai oleh syaitan kerana ia suka kepada orang yang berkhayal. Menyedari kesalahan sendiri adalah lebih baik dari baik daripada menegur kesalahan yang dilakukan oleh orang lain

~ Pandanglah kecantikan hanya suatu keindahan yang bukan untuk diagungkan-agungkan. Begitu juga janganlah memandang keburukan suatu kehodohan atau kecelaan. Bersyukurlah atas apa yang dikurniakan kepada kita. Kerana kedua duanya adalah anugerah TUhan

~ Nafsu mengatakan perempuan cantik atas dasar rupanya, Akal mengatakan perempuan cantik atas dasar ilmu dan kepintarannya, Hati mengatakan perempuan cantik atas dasar akhlaknya

~ Bertolak ansur adalah satu satunya resipi dalam membenihkan keharmonian rumah tangga. Oleh itu, jadikan sifat bertolak ansur itu panduan ke arah kebahagian dalam meniti hidup suami isteri agar dapat mengecapi apa yang dihajati dalam kerukunan perkahwinan

~ Kecantikan hati, tutur kata dan budi adalah kecantikan manusia yang paling indah yang paling sukar dihampiri selagi dunia fana ini masih terbit pergolakan untuk menakluki bumi Allah

~ Senyum di dalam kesedihan memberi 1000 persoalan untuk ditafirkan…tapi senyum dalam kegembiraan memberi 1000 jawapan kepada persoalan

~ Manusia yang paling bahagia di dunia ini adalah orang yang punya cinta sejati ada keyakinan diri, budi dan kesopanan malah yang paling utama ialah orang yang tidak mempunyai hutang

~ Sesungguhnya terselit pengertian cinta yang berbunyi. Cinta pada bunga ia akan layu, cinta pada kumbang ia akan mati dan cinta pada Tuhan akan tetap kekal

~ Kemanisan bicara seorang wanita dapat mengegarkan sebuah istana, menyejukkan jiwa yang kehangatan juga menghancurkan dirinya sendiri. Oleh itu tempatkanlah ia di sudut yang damai agar kebahagian biar berpanjangan

~ Menilai diri sendiri adalah lebih susah dari menilai 1000 orang lain

~ Tiada janji yang lebih tepat kecuali janji matahari yang akan terbit pagi besoknya

~ Kecantikan ibarat pepohon yang merimbun. Akan hilanglah serinya apabila dedaun berguguran

~ Akar ilmu itu memangnya pahit tetapi buahnya adalah lazat

~ Perumpamaan budi pekerti yang buruk seperti tembikar yang telah pecah, tiada boleh diperbaiki dan tidak boleh kembali menjadi tanah liat

~ Hidup ini bagaikan sebuah titisan yang perlu dilalui oleh setiap insan di dunia ini. Oleh itu merentaslah di titian yang teguh yang dibina dari kayu-kayu keimanan yang kukuh

 ~ Hati si siteri itu tertutup dari lelaki lain seandainya ia setia dan jujur pada suaminya. Oleh itu jagalah hati, perasaan dan kemahuannya dengan secukupnya

~ Di sebalik nikmat ada bala di sebalik bala ada nikmat. Oleh itu bila ditimpa bala usaha resah kerana sebaliknya mengandungi suatu nikmat dan jika dilanda nikmat usaha lupa dan leka kerana dari sinilah berpunca bala.

~ Hati yang gembira boleh diwajahkan dengan wajah yang gembira tetapi wajah yang gembira tidak semestinya mempunyai hati yang gembira

~ Sesungguhnya dunia itu mengkhayalkan


RAHSIA AL-FATIHAH

soret al Fatiha
More Islam Glitters at Jhocy.com
Al-Fatihah dan kelebihannya


Al-Fatihah mempunyai makna-makna al-Quran yang diasaskan dengan maksud-maksud secara ijmal, terdiri daripada usul al-din dan cabang-cabangnya seperti akidah, ibadah, tasyrik, iktiqad dengan hari akhirat, beriman dengan sifat-sifat Allah yang mulia, mengesakannya dalam beribadat, minta pertolongan dan doa’ Mohon hidayah ke jalan yang benar di samping menetapkan iman dan jalan orang-orang solihin, menjauhkan daripada golongan yang dimurka Allah dan yang sesat. Justeru, dinamakan Um al-Kitabkerana menghimpun segala maksud asas.SURAH al-Fatihah mengandungi pelbagai hikmah dan fadilat jika diamalkan dengan yakin dan disertakan amal ibadat seperti yang diperintahkan Allah.

Sabda Rasulullah yang bermaksud: Pahala membaca Fatihah seolah-olah sama membaca sepertiga al-Quran.

Dalam hadis lain, Rasulullah bersabda yang bermaksud: Fatihah itu adalah pembukaan maksud bagi orang mukmin.

Berdasarkan dua hadis ini jelas menunjukkan kepentingan Fatihah dan Islam juga menggariskan beberapa fadilat atau kepentingan surah berkenaan bagi kepentingan manusia sendiri. Di antaranya:

Bagi yang mengamalkan bacaan Fatihah sebanyak 125 kali selepas selesai solat Subuh dan disertakan doa yang maksudnya: Ya Allah, sesungguhnya aku mohon kepada-Mu dengan kebenaran, Surah al-Fatihah dan rahsianya, supaya dimudahkan bagiku semua urusanku, sama ada urusan dunia atau urusan akhirat supaya dimakbulkan permohonanku dan ditunaikan hajatku.

Membaca Surah Fatihah pada waktu tengah malam sebanyak 41 kali, maka Allah akan membuka segala pintu rezeki dan dimudahkan segala urusan tanpa kepayahan dan kesulitan.

Lebih elok jika disertakan doa yang maksudnya: Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu dengan kebenaran Surah al-Fatihah dan rahsianya supaya Engkau bukakan bagiku segala pintu-pintu rahmat-Mu, kurnia-Mu dan juga rezeki-Mu. Dan Engkau mudahkan setiap urusanku, murahkanlah bagiku rezeki-Mu yang banyak lagi berkat tanpa kekurangan dan tanpa susah payah.

Sesungguhnya Engkau berkuasa atas setiap sesuatu, Aku memohon kepada-Mu dengan kebenaran Surah al-Fatihah dan rahsianya.

Sesiapa yang mengamalkan bacaan al-Fatihah sebanyak 20 kali setiap kali selesai solat fardu, Allah akan meluaskan rezeki, memperbaiki akhlak, mempermudahkan urusan dan menghilangkan kesusahan.

* Allah juga menganugerahkan apa yang diinginkan oleh hamba-Nya serta dia mendapat pelbagai berkat dan kemuliaan berwibawa dan mempunyai penghidupan yang baik dan terlindung daripada kemudaratan dan kemusnahan.

* Membaca Fatihah yang disertakan dengan Bismillah di antara sunat solat dan fardu Subuh dengan istiqamah, maka doanya untuk memohon kenaikan pangkat akan terkabul.

Kalau seseorang dibebani hutang, dia akan mampu membayarnya dan kalau
mempunyai anak maka anaknya akan dewasa menjadi anak yang salih.

* Sheikh Muhyiddin Ibnul Arabi diriwayatkan berkata: Sesiapa yang ada maksud dan tujuan tersendiri, sebaiknya bacalah Surah Fatihah sebanyak 40 kali selepas selesai solat Maghrib dan sertakan doa yang maksudnya: Tuhanku, ilmu-Mu mencukupi untuk semua permohonan, cukuplah untukku dengan kebenaran Surah Fatihah pelbagai permohonan, kemurahan-Mu memadai untuk segala yang sedikit, muliakanlah aku dengan kebenaran surah Fatihah dan jadikanlah segala yang teringin di hatiku sebagai kenyataan.



KATA-KATA HIKMAH

Dunia ini umpama lautan yg luas. Kita adalah kapal yg belayar dilautan.......
dan telah banyak kapal karam didalamnya...... andai muatan kita adalah
iman, dan layarnya takwa, nescaya kita akan selamat dari tersesat di
lautan hidup ini.

============================================================

Agama tidak pernah mengecewakan manusia. Tetapi manusia yang selalu
mengecewakan agama.
Setiap yang kita lakukan biarlah jujur kerana kejujuran itu telalu
penting dalam sebuah kehidupan. Tanpa kejujuran hidup sentiasa menjadi
mainan orang.

============================================================

Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada
kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu.

============================================================

Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan dalam kehinaan. 
Memberi sedikit dengan ikhlas pula lebih mulia dari memberi dengan
banyak tapi diiringi dengan riak.

============================================================

Kata-kata yang lembut dapat melembutkan hati yang lebih keras dari batu.
Tetapi kata-kata yang kasar dapat mengasarkan hati yang lunak seperti sutera.
Lidah yang panjangnya tiga inci boleh membunuh manusia yang
tingginya enam kaki.

===========================================================

Nafsu mengatakan perempuan itu cantik atas dasar rupanya. Akal
mengatakan perempuan itu cantik atas dasar ilmu dan kepintarannya. Dan
hatimengatakan perempuan itu cantik atas dasar akhlaknya.

==========================================================

Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan.
Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan.
Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan
kebahagiaan.

=========================================================

Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam. 
Jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa. 
Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim. 
Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah mulia dan terpuji."

=========================================================

Hidup adalah gabungan antara bahagia dan derita. Ia adalah menguji
keteguhan iman seseorang. Malangnya bagi mereka yg hanya mengikut
kehendak hati tidak sanggup menerima penderitaan.

========================================================

"Hiduplah seperti lilin menerangi orang lain, janganlah hidup
seperti duri mencucuk diri dan menyakiti orang lain."
 "Dunia ini ibarat pentas. Kita adalah pelakonnya. Maka
berlumba-lumbalah beramal supaya hidup bahagia di dunia dan akhirat"

=========================================================

Kemuncak segala dosa ialah bohong. Dua perkara yang sentiasa mengiringi bohong ialah banyak berjanji dan banyak memberi alasan.
Wangi di badan boleh dimandikan, apabila mandi hilanglah ia. Tetapi…wangi di mulut dan wangi di hati itulah yang paling mulia.

=========================================================

Biarlah bodoh bila diajar tapi jangan bodoh tanpa pelajaran.
Sekiranya kamu mempunyai masalah, carilah dahulu jalan penyelesaian. Sekiranya tidak berjaya barulah kamu menyuarakan kepada orang yang berhak menyelesaikannya.

==========================================================

Berfikirlah sebelum berkata kata, jangan berfikir sesudah berkata kata sebab sebelum perkataan keluar kita punya, apabila sudah keluar orang punya. Dari kata kata kita dapat mendapat banyak kawan kawan dan lawan.

==========================================================

Seseorang manusia itu akan disanjung kiranya dirinya dibekali dengan akhlak yang mulia disulami dengan bunga bunga keimanan dan dihiasi dengan cahaya ketaatan kepada Tuhan.

==========================================================

Apalah gunanya ilmu jika tidak di amalkan dan apalah gunanya hidup jika tidak berlandaskan sunnah dan Al Quran.
Sesungguhnya akar ilmu itu memangnya pahit tetapi buahnya adalah lazat.
Bulan menerangi malam, ilmu menerangi hidup.

==========================================================

Setitik airmata ibu yang tumpah dari perbuatanmu samalah pedihnya seperti sebutir peluru yang menembusi dadamu.
Seorang ibu sanggup memelihara 10 orang anak, tetapi 10 orang anak belum tertentu dapat memelihara seorang ibu.

=========================================================

Hati yang gembira boleh diwajahkan dengan wajah yang gembira tetapi wajah yang gembira tidak semestinya mempunyai hati yang gembira.