HIDUP SEPERTI POHON YANG RIMBUN TETAPI TIDAK BERBUAH (TAK MENDATANGKAN HASIL) ADALAH MERUGIKAN DAN IBARAT HIASAN SEMATA

Thursday, November 25, 2010

RAHSIA AL-FATIHAH

soret al Fatiha
More Islam Glitters at Jhocy.com
Al-Fatihah dan kelebihannya


Al-Fatihah mempunyai makna-makna al-Quran yang diasaskan dengan maksud-maksud secara ijmal, terdiri daripada usul al-din dan cabang-cabangnya seperti akidah, ibadah, tasyrik, iktiqad dengan hari akhirat, beriman dengan sifat-sifat Allah yang mulia, mengesakannya dalam beribadat, minta pertolongan dan doa’ Mohon hidayah ke jalan yang benar di samping menetapkan iman dan jalan orang-orang solihin, menjauhkan daripada golongan yang dimurka Allah dan yang sesat. Justeru, dinamakan Um al-Kitabkerana menghimpun segala maksud asas.SURAH al-Fatihah mengandungi pelbagai hikmah dan fadilat jika diamalkan dengan yakin dan disertakan amal ibadat seperti yang diperintahkan Allah.

Sabda Rasulullah yang bermaksud: Pahala membaca Fatihah seolah-olah sama membaca sepertiga al-Quran.

Dalam hadis lain, Rasulullah bersabda yang bermaksud: Fatihah itu adalah pembukaan maksud bagi orang mukmin.

Berdasarkan dua hadis ini jelas menunjukkan kepentingan Fatihah dan Islam juga menggariskan beberapa fadilat atau kepentingan surah berkenaan bagi kepentingan manusia sendiri. Di antaranya:

Bagi yang mengamalkan bacaan Fatihah sebanyak 125 kali selepas selesai solat Subuh dan disertakan doa yang maksudnya: Ya Allah, sesungguhnya aku mohon kepada-Mu dengan kebenaran, Surah al-Fatihah dan rahsianya, supaya dimudahkan bagiku semua urusanku, sama ada urusan dunia atau urusan akhirat supaya dimakbulkan permohonanku dan ditunaikan hajatku.

Membaca Surah Fatihah pada waktu tengah malam sebanyak 41 kali, maka Allah akan membuka segala pintu rezeki dan dimudahkan segala urusan tanpa kepayahan dan kesulitan.

Lebih elok jika disertakan doa yang maksudnya: Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu dengan kebenaran Surah al-Fatihah dan rahsianya supaya Engkau bukakan bagiku segala pintu-pintu rahmat-Mu, kurnia-Mu dan juga rezeki-Mu. Dan Engkau mudahkan setiap urusanku, murahkanlah bagiku rezeki-Mu yang banyak lagi berkat tanpa kekurangan dan tanpa susah payah.

Sesungguhnya Engkau berkuasa atas setiap sesuatu, Aku memohon kepada-Mu dengan kebenaran Surah al-Fatihah dan rahsianya.

Sesiapa yang mengamalkan bacaan al-Fatihah sebanyak 20 kali setiap kali selesai solat fardu, Allah akan meluaskan rezeki, memperbaiki akhlak, mempermudahkan urusan dan menghilangkan kesusahan.

* Allah juga menganugerahkan apa yang diinginkan oleh hamba-Nya serta dia mendapat pelbagai berkat dan kemuliaan berwibawa dan mempunyai penghidupan yang baik dan terlindung daripada kemudaratan dan kemusnahan.

* Membaca Fatihah yang disertakan dengan Bismillah di antara sunat solat dan fardu Subuh dengan istiqamah, maka doanya untuk memohon kenaikan pangkat akan terkabul.

Kalau seseorang dibebani hutang, dia akan mampu membayarnya dan kalau
mempunyai anak maka anaknya akan dewasa menjadi anak yang salih.

* Sheikh Muhyiddin Ibnul Arabi diriwayatkan berkata: Sesiapa yang ada maksud dan tujuan tersendiri, sebaiknya bacalah Surah Fatihah sebanyak 40 kali selepas selesai solat Maghrib dan sertakan doa yang maksudnya: Tuhanku, ilmu-Mu mencukupi untuk semua permohonan, cukuplah untukku dengan kebenaran Surah Fatihah pelbagai permohonan, kemurahan-Mu memadai untuk segala yang sedikit, muliakanlah aku dengan kebenaran surah Fatihah dan jadikanlah segala yang teringin di hatiku sebagai kenyataan.



No comments:

Post a Comment