HIDUP SEPERTI POHON YANG RIMBUN TETAPI TIDAK BERBUAH (TAK MENDATANGKAN HASIL) ADALAH MERUGIKAN DAN IBARAT HIASAN SEMATA

Monday, November 8, 2010

MADAH DAN LUMRAH KEHIDUPAN

Mencintai seseorang tidak semestinya kita memilikinya
Oleh itu sayangilah diri kita dari disakiti oleh cinta
Kerana cinta tak semestinya dapat membahagiakan kita
Persahabatan lebih bermakna dari percintaan yang mengecewakan


Insan yang lemah akan membiarkan cinta....
menguasai dirinya sehingga merana
Insan yang bijak akan menguasai cinta.....
Hingga gagal membuatnya kecewa
Cinta itu ibarat nyamuk yang menggigit, dibiar sakit digaru sedap


Sebelum mencintai seseorang, cintailah diri sendiri terlebih dulu
Kerana orang yang tidak menyayangi dirinya......
Amat sukar untuk membahagiakan orang lain


Jangan permainkan perasaan orang
Dengan cinta yang mengecewakan
Jika tidak! perasaan kita pula dipermainkan orang lain


Kejarlah cita-cita sebelum cinta
Apabila tercapainya cita-cita......
Maka dengan sendirinya cinta itu akan hadir


Janganlah engkau menangis kerana gagal bercinta
Kerana lambat laun manusia pasti akan meninggalkan segala yang dicintainya
Cinta itu cahaya yang menerangi kehidupan
Hidup menjadi suram jika orang yang kita cintai tidak turut sama menikmatinya


Cinta itu adalah api......
Namun kita tidak akan pernah tahu
Sama ada api itu akan menghangatkan.....
Atau menghanguskan kita


"Segulung Ijazah adalah lebih bermakna dari Surat Cinta"



No comments:

Post a Comment