WANITA
Sifat-sifat seorang Wanita yang baik dan disanjung disisi Islam adalah yang pandai menjaga Tingkah laku dan tutur kata. Wanita yang menutup Aurat adalah yang paling sempurna dan kecantikkan azalinya terserlah tanpa perlu bersolek untuk tuntunan umum. Sentiasa menjaga solat, puasa dan membaca Al-Quran. Taat perintah Allah dan taat pada Suami. Seorang Wanita mulia mestilah pandai menjaga maruah diri, rumahtangga, melayan suami dan harta. Wanita juga adalah bijak menyesuaikan diri dalam pergaulan dan menguruskan keadaan serta tidak mudah melenting. Wanita juga pandai menyimpan rahsia suami. Wanita juga harus pandai menilai yang mana baik dan buruk sesuatu perkara. Wanita tidak mudah terpengaruh dengan godaan yang boleh merosakkan akidah seseorang dan juga sesama islam. Wanita dalam Islam tahu cara menghormati sesama insan dan bijak menyelesaikan masalah.
PEREMPUAN
Perwatakkan seorang perempuan pula ialah, mereka bekerja mengikut waktu pejabat. Kebanyakkan masa habis ditempat kerja bersama rakan-rakan. Masa untuk diluangkan bersama keluarga terhad. Anak kurang mendapat perhatian dan kasih sayang. Hujung minggu adalah hari keluarga pada seorang perempuan yang bekerja. Sedikit sebanyak boleh dikatakan rumahtangga seorang perempuan yang bekerja mula terabai dan kurang sempurna. Kadang bila bercampur bersama rakan.....pengaruh dan godaan mudah terjadi hingga merosakkan akidah dan sifat kewanitaan semulajadi. Sungguh pun Aurat ditutup, namun solekkan tetap ditonjolkan pada tuntunan umum. Memperagakan fesyen diantara rakan. Solat dan puasa dijaga.....tapi Al-Quran jarang dibaca kerana kepenatan. Adakalanya perempuan kurang menghormati sesama sendiri dan orang lain. Perempuan biasanya suka menarik perhatian ramai dan adakalanya bersikap ego.
BETINA
Betina mempunyai sifat yang terlalu jauh berbeza dengan seorang Wanita dan Perempuan. Mereka ni tergolong dalam kategori insan yang lalai dan tiada maruah. Kehidupan mereka banyak dihabiskan dengan membuang masa dan membuat kerja yang tiada hujung jalan atau masa depan. Betina selalunya suka mendedahkan Aurat untuk menggoda seseorang. Betina juga biasanya jarang mengerjakan solat, puasa dan tidak pernah membaca Al-Quran. Duduk berlonggok, mengumpat, mengeji, memfitnah dan jaga tepi kain orang adalah dilarang dalam Islam.....tapi selalunya itulah yang dilakukan oleh seorang betina. Tutur kata seorang betina biasanya berbau lucah dan tidak sopan. Betina juga tidak pernah menghormati orang lain malah suka membanggakan diri, sombong serta selalu keluar malam dan pulang pagi hari. Betina selalunya membuat orang mudah tertarik dengan dirinya dan suka membuat perangai mengada-ngada.
====//====
Apa yang saya cuba terangkan diatas tiada kaitan dengan seseorang.
Ini hanyalah sekadar renungan untuk kita sebagai kaum Hawa memperbaiki diri dan Akidah kita sebagai umat Islam. Sesungguhnya setiap yang baik itu datangnya dari Allah......dan setiap yang buruk itu adalah dari kesilapan kita sendiri. Mudah-mudahan kita dapat memperbaiki diri kejahatan dan menjauhkan diri dari perkara yang merugikan. Semoga dengan penilaian sifat WANITA, PEREMPUAN DAN BETINA
dapat memberi sedikit panduan untuk kita. Semoga Allah memberi Rahmat dan Keberkatan untuk kita semua menjadi WANITA yang mulia disisi Allah.
"Sampaikanlah pesan walau satu ayat sekali pun untuk berdakwah"
No comments:
Post a Comment