- Seorang Wanita Solehah adalah lebih baik daripada 70 orang Wali serta 70 Lelaki Soleh.
- Seorang Wanita jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat.
- Dua rakaat Solat dari Wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat Wanita yang tidak hamil.
- Wanita yang memberi susu kepada anaknya daripada badannya sendiri (susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.
- Wanita yang melayan suaminya dengan baik serta menghulurkan segelas air ketika suaminya pulang kerumah didalam keadaan letih, akan mendapat pahala jihad.
- Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami juga melihat isterinya kasih sayang maka kehidupan mereka akan dipandang Allah dengan penuh Rahmat.
- Wanita yang menghabiskan malamnya dalam keadaan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti bebaskan 20 orang hamba.
- Wanita yang memulakan sesuatu pekerjaan dan perkara dengan "Bismillah" akan beroleh keberkatan rezeki dari Allah.
- Wanita yang menjaga solat, puasa, taat pada suami dan Allah akan diizinkannya untuk memasuki Syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.
- Wanita yang menjaga Aurat, rumah dan harta suami akan dipandang mulia disisi Allah.
- Wanita yang paling cantik adalah Wanita yang sentiasa menutup auratnya dan menjaga tutur kata serta tingkah lakunya.
- Wanita yang sentiasa membaca Al-Quran akan mendapat Nur serta perlindungan dari Allah untuk dirinya.
Sebaik-baik dan secantik-cantik perhiasan dunia adalah Wanita yang Solehah.
No comments:
Post a Comment