HIDUP SEPERTI POHON YANG RIMBUN TETAPI TIDAK BERBUAH (TAK MENDATANGKAN HASIL) ADALAH MERUGIKAN DAN IBARAT HIASAN SEMATA

Friday, January 21, 2011

INSAF.....!

Baru-baru ni dalam bulan januari 2011, saya pergi melawat keluarga seseorang (islam) yang terlantar dirumah kerana nazak. Bila sampai disana memang terperanjat gak dengan keadaan dia yang lemah dan tak bermaya. Sesiapa saja yang datang, Isterinya akan meminta maaf dari hujung rambut hingga kaki. Hairan dalam sekelip mata Allah jadikan dirinya lemah tak berdaya. Disebabkan sakit buah pinggang dari sebelah, kini dah jangkit dua2 sekali menjadi rosak......maka doktor pun dah tak terima dan hanya disuruh berehat dirumah jer. Dihospital pun air dah tak boleh masuk.....tambah memeranjatkan lagi bila saya lihat ada kesan lebam warna merah kehitaman dilengan kanannya dan besar lebamnya. bila ditanya kenapa jadi gitu...! katanya kesan tu kerana air tak masuk yang menyebabkan lebam. Saya pun diam.....tapi rasa macam yakin ngan tidak jer....yang paling memeranjatkan saya, bila Suami dia tunjuk  ada lagi kesan lebam di peha hingga naik diperut.......kali ni warnanya hitam dan saya rasa takut tengoknya. Saya tanya lagi kenapa jadi gitu...! Suaminya kata doktor masukan air dan cuci buah pinggang Isterinya melalui peha......saya jadi buntu dengar cerita tu, antara percaya dengan tidak.

Berita terbaru saya dengar.....Isterinya dah sembuh sikit dari penyakit dan boleh duduk. Saya ucapkan syukur kepada Allah......tapi yang membuatkan saya rasa insaf mendengarnya apabila mereka mengatakan kesembuhannya adalah dari punca dia telah berubat cara kampung dan didapati semasa mudanya telah menuntut Ilmu.....dan bila Ilmu tu dibuang barulah dia pulih sedikit. Dari sumber yang saya dapat tahu, Isterinya pernah menuntut Ilmu penunduk dan pengasih untuk dirinya supaya orang semua suka dan dengar cakapnya termasuk Suami dia. Apa yang memeranjatkan saya semasa mudanya dia telah membuat nasi tangas pada Suaminya.......dan didapati kesan hitam dicelah kelangkangnya adalah punca dari perbuatan memberi Suami makan makanan yang "kotor".....Na'uzubillah....

Keadaan keluarga (islam) itu memang memeranjatkan sangat.....bayangkan bila disuruh lap badan Isterinya dengan air yang dah dijampi dan harus didahului dengan baca ayat kursi lepas tu selawat.....tapi tak seorang pun dalam keluarga tu yang tahu baca ayat kursi. Kenapa jadi gitu.....dari Suami, Isteri dan anak2 semua tak tau......orang yang ubatkan Isterinya suruh mereka satu keluarga mendirikan solat....dan yang paling terperanjat beruk dengar ialah.....bila mereka satu keluarga menjawab....."solat tu apa...?" Astaghfirullah hal'azim.....mengucap panjang dibuatnya.

Artikel yang saya dapat dan paparkan ini bukanlah niat untuk mengaibkan mereka dan sesiapa saja, tapi sekadar kesedaran yang dapat menginsafkan kita semua akan kehebatan Allah jika kita leka dan memilih jalan yang salah. Moga Allah dapat mengampunkan mereka dan Isterinya. Harap Isterinya juga minta keampunan dari Suaminya. Kisah ini cukup menginsafkan sesiapa saja yang ingin membuat sesuatu perkara tanpa berfikir panjang dan mementingkan diri sendiri. Harap ianya jadi pengajaran pada semua pembaca......

"Tidak ada keberanian yang paling disukai Allah selain dari keberanian hamba menahan marah. Tidaklah seorang hamba itu menahan marahnya melainkan Allah S.W.T akan mengisi dadanya dengan keimanan"
                                                                                  (hadis riwayat Al-Ibn An-Najjar)

No comments:

Post a Comment