Lelaki oh lelaki...! itulah yang selalu didengar bila lelaki buat hal. Tetapi jika direnung apa yang menyebabkan wanita mengeluh dengan sikap orang lelaki ni, adakalanya benar juga. Cuba kita lihat rata-rata didunia ini, kebanyakkan Lelaki cepat merasa bosan dengan sesuatu perkara. Yang paling banyak berlaku adalah sikap Lelaki yang semakin tua semakin menjadi......bak kelapa, lagi tua lagi banyak santannya. Itulah yang selalu saya kaji dan lihat diserata pelosok kehidupan sebagai Suami Isteri dan sepasang kekasih.
Kalau difikirkan mengikut kajian sesungguhnya, orang Lelaki ni mempunyai kelemahan dalam hidup. Mereka kalah bila melihat Wanita, Iman pasti bergoncang bila seorang Wanita lalu didepan mata....tak kira samada Wanita itu bertudung menutup aurat yang sopan, tak bertudung dengan make up yang tebal apalagi yang seksi dan mewarnakan rambut...! Ini bukan cakap kosong atau menghina kaum Lelaki, tapi inilah yang selalu terjadi di serata pelosok dunia. Begitu juga sebaliknya......tak mustahil seorang Wanita itu terjerumus di dalam Api Neraka disebabkan Lelaki.
Lelaki selalunya mudah jemu dengan pasangan terutama di zaman yang serba canggih ini. Mereka cepat terpesona dengan kegairahan Wanita zaman sekarang yang rata-rata suka menarik perhatian Lelaki. Menurut kajian yang saya buat dan cari, ramai pasangan Suami Isteri yang tidak puas dengan pasangan masing-masing......bukankah itu boleh dibawa berbincang dan perbaiki diri masing-masing. Dalam dunia ini terlalu banyak kaedah yang telah wujud, begitu juga dengan berbagai-bagai perawatan ubatan dan herba yang boleh merawat segala macam masalah. Wahai orang Lelaki.......jangan kerana tidak sempurnanya seorang Isteri itu, anda mudah mencari ganti. Cuba anda pandang dicermin......adakah diri anda sempurna seluruhnya...? Hidup kita sebagai makhluk tuhan, tidak pernah sempurna, maka terimalah pasangan anda seadanya....? Bukankah kaum Wanita itu Amanah Allah kepada anda untuk mendidiknya kejalan yang diredha?
Ingatlah wahai kaum Adam....Wanita juga punya perasaan dan harga diri, terutama seorang Isteri. Anda sebagai Lelaki dan ketua dalam sebuah Rumahtangga, harus punyai tanggung jawab untuk mendidik dan membentuk Keluarga kejalan yang diredha Illahi.....bukan menuding jari pada pasangan siapa salah siapa benar.....Perbaiki akan kelemahan itu penting untuk menjamin kebahagiaan dan kerukunan Rumahtangga. Orang Lelaki juga harus ingat.......seorang Wanita akan teserlah kecantikkan aslinya adalah di usia 40 tahun. Jangan memandang "Cantik" seorang Wanita pada paras rupa, kerana itu tidak akan kekal lama. Wanita yang cantik dan dijaga akhlaknya adalah yang menurut perintah Agama.
Apa yang saya lihat Lelaki selalunya mudah tertipu dengan kecantikan palsu seorang Wanita. Mereka mudah terpesona pada Wanita yang suka berhias, bukankah itu hiasan kepalsuan.......dimana keasliannya...? Ada seorang kawan saya yang mengeluh dengan sikap suaminya yang sukakan pada kecantikkan semata-mata. Suatu hari dia bersuara pada Isterinya........"Awak ni selekeh jer, cubalah pakai lawa sikit....kalau jalan dengan saya pun selekeh, duk rumah pun selekeh......cuba tengok Isteri orang sebelah tu.....sentiasa lawa, barulah sedap mata memandang....!" Dari perkataan itu kita dah dapat point akan sikap lelaki ini. Suatu petang, mereka Suami Isteri ini keluar berjalan pergi Shopping.....si Isteri pun melaramlah seperti yang disuruh Suami tadi, tiba-tiba seorang lelaki merenung Isterinya dan kenyit mata......si Suami nampak dan timbul rasa cemburu. Bila sampai dirumah, Suaminya bersuara......."ambooooi.....! awak pandang lelaki sampai tak ingat saya ada disebelah yer....main kenyit mata lagi....!" Si Isteri pun menyampuk......."saya terpandang dia, mana saya tau dia nak kenyit mata.....bukan salah saya....." Suaminya bengang dengan kata Isterinya......"lain kali tak payah pergi jalan lagi, duk rumah aje.....!" keluh Suaminya.
Itulah yang saya nak pertikaikan disini. Kekeliruan dan rasa serba salah lahir dihati seorang Wanita apabila Suami bersikap begitu. Seolah apa yang dibuat serba tak kena. Dimana letaknya maruah seorang Wanita jika Suami sendiri menghina....? Orang Lelaki senang-senang menghina Wanita itu hodoh atau selekeh, sedangkan itu Isterinya sendiri. Apa pula hukum jika Lelaki membandingkan Isterinya dengan Wanita lain sehingga melukakan hati si isteri....? Bukankah kecantikkan seorang Isteri itu adalah untuk tatapan Suami...? Bila Isteri tidak bersolek, disuruh bersolek.....dan bila bersolek mengapa cemburu...? Bukankah yang bernama Lelaki juga yang suka akan kecantikkan dan mudah tergoda.....mengapa nak disalahkan Wanita...? Jika Isteri bersolek dirumah untuk suami, mengapa Suami masih terpesona pada Wanita yang diluar yang mengenakan alat solek yang tebal...? Mengapa Lelaki mudah ditipu oleh Wanita yang cantik kerana berlandaskan alat solek...? Adakah Lelaki tidak pandai menilai kecantikkan asli atau sememangnya mereka ini tidak celik akal (buta)? Adakah kerana Lelaki bangga akan keegoan hingga menyebabkan mereka jadi begini? Dan mengapa Wanita cepat matang berbanding Lelaki yang seusia dengan mereka?
Saya tidak bermaksud menghina orang Lelaki, tetapi apa yang saya katakan diatas adalah kebenaran yang telah saya kaji selama ini. Wahai Lelaki.....! berfikirlah sejenak dan ambil iktibar akan apa yang saya tuliskan hasil dari luahan hati semua Wanita yang bernama Isteri. Sesungguhnya hidup setiap Insan didunia ini tidak ada yang sempurna, dan jangan sekali anda semua menghina orang lain kerana tidak sempurnanya seseorang.....kerana setiap kesalahan dan kesilapan itu boleh diperbaiki. Ruang yang Allah telah beri mengapa tidak diisi dengan Ilmu....? Lelaki atau Suami harus menjadi pemimpin "Contoh" dalam keluarga dan Umum.......kerana anda adalah "Cermin" pada setiap generasi. Fikir-fikirkanlah akan setiap kebenaran kata-kata, dan Cermin-cerminkanlah diri supaya tahu dimana silapnya diri.
Orang Lelaki juga jangan terlalu Taksub akan gelaran Ketua keluarga hingga anda "Ego" dan tidak mahu mengaku akan kesilapan diri. Seharusnya perbincangan dalam keluarga itu penting untuk memperbaiki setiap kesalahan diri masing-masing. berbincang adalah jalan penyelesaian untuk segala masalah dan berbincang juga dapat mewujudkan kasih sayang dalam rumahtangga, keluarga dan mengeratkan tali silaturrahim sesama Insan. Sebenarnya Lelaki mahu pun Wanita, masing-masing mempunyai kesilapan dan harus merendah diri.
Ingatlah........! Sesungguhnya setiap Manusia tidak ada yang sempurna dimuka bumi Allah ini kerana........ "Setiap yang baik itu datangnya dari Allah, dan yang buruk itu adalah dari kesilapan kita sendiri....."
No comments:
Post a Comment