Lanjutan dari rentetan kisah yg berjudul "Insaf..." yang pernah saya paparkan dalam blog ini....berkenaan seorang Isteri yang banyak melakukan kesilapan pada Suami dan keluarga......kini telah kembali ke Rahmatullah pada pukul 2.30 pagi ni. Memang memeranjatkan bila Ibu saya beritahu bahawa dia telah meninggal dunia....Tapi saya tak dapat nak melawat jenazahnya kerana sibuk ngan kerja seharian. Namun saya tak terkilan, kerana telah pun melawatnya semasa dia dalam keadaan tenat. Allah lebih menyayanginya maka itu dia kembali awal diusia 46 tahun. Kisah penderitaan semasa hayat hingga dia kembali menyahut panggilan Illahi akhirnya....dah cukup menginsafkan kita.
Cuaca pagi ini begitu sejuk dengan hujan yang tidak berapa lebat. Pemergian seorang insan yang kukenali lama dan juga saudara telah menyedihkanku dan juga teman2 rapatnya. Ramai juga teman2 sekampung yang pergi melawat jenazahnya pagi ini. Yang pergi sudah dijanjikan.....yang hidup harus menuju tujuan yang ditetapkan. Moga kita semua tidak leka dengan kehidupan yang penuh dugaan ini.
Semoga Allah mengampun segala dosanya dan mencucuri rahmat keatas rohnya.....Amin.
No comments:
Post a Comment