HIDUP SEPERTI POHON YANG RIMBUN TETAPI TIDAK BERBUAH (TAK MENDATANGKAN HASIL) ADALAH MERUGIKAN DAN IBARAT HIASAN SEMATA

Wednesday, January 19, 2011

REMAJA SILA JAWAB....???

Remaja khususnya, berbagai cerita yang tak baik selalu terdengar berkenaan sikap remaja sekarang. Mengapa dibiar diri jadi bualan kepada perkara tak baik....? bukankah bagus kalau jadi bualan ramai kerana jasa yang di pertontonkan. Beringatlah wahai remaja hari ini, langit tidak selalu cerah......laut tidak pernah tenang......alam tidak akan sunyi......Begitu jugalah dengan kehidupan setiap insan didunia ini. Bukankah setiap manusia dikurniakan Nyawa, Akal, Hati dan Nafsu? Apa yang anda lakukan dengan empat perkara itu....?

Cuba kita renungkan......

  1. Nyawa yang Allah berikan bukan untuk disia-siakan, tanpa nyawa manusia tidak akan hidup, maka dari itu hargailah nyawa pemberian Allah dengan sebaik mungkin. 
  2. Akal pula adalah untuk kita membuat sesuatu perkara dengan berfikir dahulu baru bertindak. tanpa akal manusia hilang upaya dan punca, maka dari itu hargailah akal pemberian Allah dengan sebaik mungkin.
  3. Hati adalah bahagian yang sangat berharga dalam diri kita. Terutama jika hati rosak, maka musnahlah kehidupan seorang insan itu. Tanpa hati manusia tidak akan mendapat ketenangan lahir batin, maka dari itu jagalah hati pemberian Allah.
  4. Nafsu pula adalah bahagian kawalan dalam diri, bukan sekadar menurut nafsu saja malah semua perkara melibatkan nafsu. Tanpa nafsu manusia hilang kawalan diri, dari itu jagalah nafsu dengan sebaik mungkin untuk diri, kehidupan dan kesihatan umumnya.

Empat perkara diatas tu bukanlah nak ceramah pula, tapi sekadar ingat mengingati saja. Gabungan empat perkara diatas tu penting untuk menguatkan lagi Akidah kehidupan setiap insan. Yang saya nak tekankan disini adalah tentang sikap segelintir remaja yang dah terpesong agak jauh ni. Cuba kita lihat disekeliling tempat tinggal apa lagi di Ibu Kota Bandaraya. Kisah remaja hidup songsang berleluasa sana sini, perkara ini berlaku bukan sahaja dalam Malaysia, malahan di luar Negara juga. Hingga hari ini tak pernah habis dengan masalah remaja buat hal, sampai Ibu Bapa dan pihak atasan pun tak dapat kawal. Wahai remaja.....! bangga sangat ke diri tu menyusahkan orang dan keluarga.....?????? Tak terfikir ke otak tu jika perkara begini berlaku kepada anda (remaja) suatu hari kelak....?



Wahai Mat Rempit......! apa faedahnya anda menunjuk lagak ditengah jalan raya dengan berbagai aksi....? Jangan bangga sangat dengan gaya yang orang semua menyampah tengok.......jika dah masuk dibawah lori dengan nyawa melayang, badan berkecai, muka hancur, hilang kaki tangan dan daging berciciran sana sini. Sudikah anda jika jenazah anda tak dapat dimandikan, ditambah lagi dengan sisa daging dikutip orang disana sini. Apa pula perasaan Ibu dan Bapa yang telah melahir dan mendidikkan anda hingga remaja...? Tidak takutkah anda dengan Azab kubur yang menyakitkan selamanya....? Sila jawab.....????

Wahai Raja dan Ratu Maksiat.....! apa pula faedah anda bergelumang dengan dosa yang menjijikkan ini....? Mengapa mudah sangat hanyut dalam kancah dosa yang tiada noktah ini....? Dimana letaknya maruah anda sebagai anak remaja yang mengangkat martabat orang Islam....? Pujukan Syaitan jenis apa yang anda ikut...hingga sanggup menggadaikan maruah diri, keluarga dan Agama? Sedarlah wahai remaja sekarang bahawa keseronokan tidak akan kekal lama.....inginkah anda mati dalam keadaan aib....? Tidakkah anda takut akan Azabnya diakhirat kelak jika ini keputusan anda buat dengan meghancurkan harapan Ibu Bapa. Tidakkah anda terfikir jika maksiat yang anda lakukan hingga melahirkan anak luar nikah dan dicampak disana sini akan dituntut oleh sianak di Akhirat kelak.....apa yang anda nak jawab...???? Bayangkan diri anda dicampak oleh Ibu Bapa anda pula....? Sila jawab....??????

Wahai Mat Pit (dadah).....! apa yang anda dapat dengan menghisap ganja....? Setahu saya orang kaki ganja hidupnya bagai bangkai bernyawa dan dipandang hina. Kalau nak cerita pasal selekeh, semua tahu siapa orangnya....kemana hilangnya anak remaja yang segak, kacak dan bergaya hingga ramai anak gadis yang tertawan...? Apa yang anda (mat pit) dah buat pada diri anda sendiri...tidakkah anda kasihan pada kedua orang tua anda yang menderita dengan sikap anda....? Cuba anda bayangkan diri anda berada ditempat mereka (ibu bapa), apa perasaan anda.....? Keseronokkan apa yang anda dapat dengan menghisap ganja, hingga khayal menguasai diri.....jalan terhoyong hayang hingga tak sedar dah terjun bangunan atau dah tergelimpang ditepi jalan, kalau bernasib baik.....dapatlah masuk pusat pemulihan. Alangkah seksanya jiwa seorang Ibu bila anak yang menjadi harapan kedua orang tua telah memilih jalan yang sesat. Apa pula perasaan anda.....sila jawab....?????

Wahai Kaki Goda.....! apa lagi yang tak puas pada diri anda selama hidup didunia hingga sanggup menggoda hak milik orang lain. Tak kiralah goda suami orang, tunang orang, kekasih orang dan bapa orang. Kenapa sanggup melakukan perkara yang memalukan diri sendiri...? Tidakkah anda bayangkan jika apa yang anda (penggoda) lakukan ini, suatu hari kelak akan terjadi pada Ibu, Bapa atau diri anda sendiri. Atas kajian yang saya buat, ramai sangat penggoda yang suka hak milik orang. Kalau Lelaki bujang kenapa sukakan Isteri orang atau perempuan yang lebih tua dari mereka....yang anak dara pula, kenapa sukakan suami orang atau Lelaki yang berumur.....? Begitu juga dengan kisah Datuk yang dah bercucu ramai masih ada hati mahu kahwin dengan gadis belasan tahun....tak kurang juga Isteri orang yang suka simpan Lelaki bujang sebagai peneman sepi........apa sudah jadi daaaaa....???? Sila jawab.....?????

Wahai Kaki Arak dan Disko.....! apa yang anda dapat dengan meminum air kencing syaitan tu hingga jadi pemabuk dan jalan terhoyong hayang...? Tidakkah anda terfikir jika memandu dalam keadaan mabuk akan membahayakan nyawa orang lain apa lagi nyawa anda sendiri...? Ramai sangat anak remaja sekarang suka buang masa ke disko dari mencari Ilmu di Masjid......kenapa ye...? Bagi mereka, jika duduk dimasjid dengar syarahan dan solat membuat mereka panas.....tapi bila pergi kedisko dan minum arak membuat mereka bahagia. Tolonglah fahami wahai remaja bahawa pintu Masjid itu penolong anda untuk menuju ke Syurga dan hidup anda diberkati Allah seluruhnya......dan pintu Disko itu pula mendorong anda ke Neraka Jahanam dan jika meminum arak pula segala Amalan anda tidak diterima dan hilang selama 40 hari berturut-turut. Apakah ini yang anda kejar dalam kehidupan...? Apakah ini yang dipanggil mencabar...? Apakah ini yang akan anda pertontonkan pada generasi mendatang...? Apakah ini yang anda bangga-banggakan jadi umat Islam...? Apakah ini yang akan anda bawa diliang lahad kelak...? Sila jawab....??????

Ada banyak lagi perkara yang melibatkan tentang Akhlak remaja yang semakin jauh menyimpang. Paparan yang saya siarkan ini, sedikit sebanyak dapat memberi iktibar dan pengajaran kepada semua para remaja Islam khususnya di Malaysia ini. Harap Pihak Atasan dan Kerajaan turut campur tangan dalam menangani masalah Remaja zaman yang serba canggih ini. Kalau perlu dikurangkan apa yang patut....harap kurangkan. Begitu juga kalau perlu ketengahkan apa ynag membawa kebaikan dan Ilmu, haruslah diusahakan. Bukankah Remaja pemangkin generasi mendatang....! Jika kita tidak bertindak dari sekarang, remaja pasti akan lenyap dimuka bumi ini. 

Apa yang saya ceritakan ini belum masuk kisah Remaja terlibat dengan samseng jalanan, Perompak remaja, Pembunuh, Anak Derhaka, Remaja lari dari rumah, Remaja lepak, Remaja terlibat dengan kecurian motor dan berbagai lagilah. Apakah kita semua hanya mahu melihat dan berpeluk tubuh saja dengan gejala-gejala yang tak bermoral ini....? Selesaikah masalah dengan hanya Nasihat tanpa berbuat sesutau perkara yang mendatangkan kebaikan untuk remaja...? Mampukah hanya mengalirkan air mata sahaja dengan menyaksikan perbuatan mereka  tanpa perlu memberi didikan Agama...? Sanggupkah Negara memikul beban Remaja begini yang akan memalukan Negara itu sendiri....? Sila jawab.....?????

Harap maaf jika perkara yg dipaparkan telah menyinggung mana2 pihak. Apa yg saya tulis ni berdasarkan kisah2 yg telah saya saksikan sendiri dan tidak terniat menuding mana2 pihak samada yg telah tiada atau yg masih hidup.......cuma saya harap, dapatlah kiranya kita perbaiki setiap kesalahan dan janganlah kiranya ambil hati dengan bicara yg saya luahkan ini. Bukankah tegur menegur dan nasihat menasihati amalan yg murni. 






2 comments:

  1. bagus gak ada ruang soal jawab....
    terutama bab remaja skrg ni....memang susah nak beri tunjuk ajar pd mereka.....kadang tu apa yg dicakap tak masuk kepala pun...bagai mencurah air didaun keladi.....

    ReplyDelete
  2. terima kasih dgn komen ni....perubahan zaman dan budaya yg memainkan peranan.....

    ReplyDelete