HIDUP SEPERTI POHON YANG RIMBUN TETAPI TIDAK BERBUAH (TAK MENDATANGKAN HASIL) ADALAH MERUGIKAN DAN IBARAT HIASAN SEMATA

Wednesday, December 21, 2011

DUIT MALAYSIA LAMA DAN BARU

Duit Malaysia yg terbaru siri 6 memang cantik dan teruja.....
Harap Ekonomi Malaysia jua cantik seperti Duitnya jua.....
Ini sebahagian Duit2 Malaysia yg lama n baru.....




                                          siri 1                                  siri 2


                           
                                           siri 3                                    siri 4         


Logo BNM siri 1 hingga 4


Duit Malaysia yg lama 



RM1 siri ke-3 (1972-1976)
Sign by Tan Sri Dato' Ismail bin Muhamed Ali


RM5 siri ke-5 (1982-1984)
Sign by Tan Sri Dato' Abdul Aziz bin Haji Taha



RM10 siri ke-5 (1982-1984)
Sign by Tan Sri Dato' Abdul Aziz bin Haji Taha


RM20 siri ke-5 (1982-1984)
Sign by Tan Sri Dato' Abdul Aziz bin Haji Taha



RM50 yg terbaru siri 6

RM50 siri 5

[v12lead_rm50note1607.jpg]
Wang Kertas RM50 siri Kemerdekaan Sempena 50 tahun Merdeka

i765.photobucket.com/albums/xx297/fyesol/5001.jpg


i765.photobucket.com/albums/xx297/fyesol/10001.jpg


i765.photobucket.com/albums/xx297/fyesol/repeating.jpg

i765.photobucket.com/albums/xx297/fyesol/50001.jpg
RM500

i765.photobucket.com/albums/xx297/fyesol/rm1000.jpg
RM1000

Duit Malaysia terbaru

i765.photobucket.com/albums/xx297/fyesol/set.jpg

GABENOR MALAYSIA

TAKDE GAMBAR
1st - Tan Sri William Howard Wilcox (1959 � 1962)

i765.photobucket.com/albums/xx297/fyesol/IsmailMohdAli.pngi765.photobucket.com/albums/xx297/fyesol/ismail.jpg
2nd - Tun Ismail Mohamed Ali (1962 � 1980)

i765.photobucket.com/albums/xx297/fyesol/aziztaha.jpgi765.photobucket.com/albums/xx297/fyesol/aziztaha-1.jpg
3rd - Tan Sri Abdul Aziz Taha (1980�1985)

i765.photobucket.com/albums/xx297/fyesol/tansrijaafarhussein.jpgi765.photobucket.com/albums/xx297/fyesol/jaffarhusein.jpg
4th - Tan Sri Jaffar Hussein (1985 � 1994)



i765.photobucket.com/albums/xx297/fyesol/ahmaddon.jpgi765.photobucket.com/albums/xx297/fyesol/ahmaddon-1.jpg
5th - Tan Sri Ahmad Mohd Don (1994 � 1998)

i765.photobucket.com/albums/xx297/fyesol/ali.pngi765.photobucket.com/albums/xx297/fyesol/aliabulhasan.jpg
6th - Tan Sri Ali Abul Hassan Sulaiman (1998 � 2000)

i765.photobucket.com/albums/xx297/fyesol/zeti-akhtar-aziz.jpgi765.photobucket.com/albums/xx297/fyesol/zeti.jpg
7th - Tan Sri Dato' Seri Zeti Akhtar Aziz (2000 - )





Sunday, July 31, 2011

ADAB BERPUASA

Setiap orang yang mengerjakan puasa perlu mematuhi beberapa peraturan dan adab yang akan menyempurnakan ibadah tersebut. Di antara peraturan yang terpenting ialah:

* Menjaga lidah daripada berdusta, mengumpat dan mencampuri urusan orang lain yang tiada kena mengena dengannya.

* Memelihara mata dan telinga daripada melihat dan mendengar perkara yang dilarang oleh Syarak dan perkara yang sia-sia.

* Mengawal perutnya daripada merasai makanan dan minuman yang haram atau mengandungi unsur syubhat, terutama ketika berbuka dan berusaha sedaya upaya mungkin untuk menghasilkan pemakanan yang halal lagi bersih.



* Berusaha menjaga kesemua pancaindera dan anggota tubuh badan daripada mendekati atau melakukan maksiat dan perkara sia-sia. Dengan demikian ibadah puasanya akan suci dan sempurna.

Terdapat ramai yang memenatkan diri dengan berlapar dan berdahaga, membiarkan diri terdorong kepada perlakuan dosa dan noda, kerana itu puasanya rosak dan binasa dan keletihannya tidaklah berbaloi sebagaimana maksud sabda Nabi s.a.w.: Ramai yang berpuasa tidak mendapat ganjaran daripada puasanya melainkan lapar dan dahaga! (riwayat An-Nasai)



Sabda Rasulullah s.a.w.: “Puasa itu adalah ‘perisai’, Sekiranya seseorang dari kalangan kamu sedang berpuasa janganlah dia bercakap kotor, melakukan keburukan dan berbuat bodoh. Jika ada orang lain yang mengejinya atau cuba memeranginya, maka hendaklah dia katakan kepada orang itu: ‘Saya sedang berpuasa.” (riwayat Bukhari dan Muslim)

* Janganlah membanyakkan tidur pada siang harinya dan makan pada malamnya, bahkan bersederhanalah pada kedua-duanya bagi menyelami keperitan lapar dan dahaga. Dengan demikian sanubarinya akan terkawal, keinginan nafsunya akan berkurangan, hatinya ceria. Itulah rahsia dan intipati puasa yang perlu dicapai.

* Jauhkan diri daripada mengikut dorongan nafsu ketika berbuka dengan beraneka jenis makanan yang lazat-lazat. Sebaik-baiknya adat makan adalah sama sahaja pada bulan puasa dan bulan-bulan yang lain.



Sepatutnya orang yang berpuasa mengurangkan kadar pemakanannya sehingga terserlah kesan puasa itu pada dirinya. Kekenyangan adalah punca kelalaian, kealpaan, keras hati dan malas melakukan ketaatan kepada Allah s.w.t.


Terdapat ulama yang mengungkapkan kata-kata berikut: “Sekiranya perutmu kenyang, anggota-anggota lain akan lapar (akan menurut turutan nafsu), tetapi sekiranya perutmu lapar kesemua anggotamu akan kenyang.”


* Mempraktikkan amalan sunah seperti segera berbuka apabila masuk waktunya, berbuka dengan buah tamar (kurma) dan jika ia tiada memadailah dengan segelas air serta melambatkan makan sahur.

Nabi s.a.w. berbuka dahulu sebelum Baginda mengerjakan solat Maghrib.

Sabdanya: “Umatku sentiasa berada di dalam keadaan baik (berkat) selama mana mereka mempercepatkan berbuka (apabila masuk waktunya) dan melambatkan makan sahur.” (riwayat Ahmad, Bukhari dan Muslim).




Friday, July 1, 2011

HIKMAH SOLAT TARAWIH

Malam ke-1:
Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama seperti ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah.

Malam ke-2:
Dosa-dosa orang mukmin yang solat tarawih serta kedua ibu bapanya (sekiranya mereka orang beriman), telah diampuni Allah.

Malam ke-3:
Berserulah malaikat di bawah ‘Arasy’ supaya dapat meneruskan solat tarawih terus-menerus sehingga Allah akan mengampuni dosa Anda.

Malam ke-4:
Mendapat pahala seperti pahala yang diperolehi oleh orang2 yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

Malam ke-5:
Allah kurniakan pahala seperti pahala orang yang mengerjakan solat di Masjidil haram, Masjid Madinah dan Masjidil Aqsa.

Malam ke-6:
Allah mengurniakan pahala dari malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul Ma’mur (70 ribu malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampuni dosa-dosa orang yang mengerjakan solat tarawih pada malam ini.

Malam ke-7:
Seolah-olah bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi AS menentang musuh ketatnya Fi’raun dan Hamman.

Malam ke-8:
Allah mengurniakan pahala kepada orang solat tarawih seperti yang telah dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim AS.

Malam ke-9:
Allah mengurniakan pahala dan menaikkan mutu ibadah hambanya seperti Nabi Muhamad S.A.W.

Malam ke-10:
Allah SWT mengurniakan kebaikan di dunia dan akhirat.

Malam ke-11:
Meninggal dunia dalam keadaan bersih daripada dosa seperti baru dilahirkan kedunia.

Malam ke-12:
Akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadahnya).

Malam ke-13:
Allah datang pada hari kiamat dalam aman sentosa untuk tiap-tiap kejahatan dan keburukan.

Malam ke-14:
Malaikat datang menyaksikan mereka solat terawih, dan Allah tidak akan menghukumnya di hari kiamat.

Malam ke-15:
Semua malaikat akan memikul Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakan supaya Allah mengampuni dosa Anda.

Malam ke-16:
Allah subhanahuwata’ala tertulis baginya, terlepas daripada neraka dan masuk ke syurga.

Malam ke-17:
Allah mengurniakan orang yang bertarawih pahalanya pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

Malam ke-18:
Malaikat berseru, “Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau mati)”.

Malam ke-19:
Allah Subhanahuwata'ala tinggikan darjatnya di dalam syurga Firdaus.

Malam ke-20:
Allah mengurniakan pahala kepadanya seperti orang yang mati syahid dan orang-orang solihin.

Malam ke-21:
Allah membina sebuah istana dalam syurga yang dibuat daripada nur.

Malam ke-22:
Allah datang pada hari kiamat, membahagiakan tiap orang yang berdukacita dan menghadapi kerisauan.

Malam ke-23:
Allah Subhanahuwata'ala membina sebuah bandar untuknya di dalam syurga daripada nur.

Malam ke-24:
Allah membuka peluang 24 doa yang mustajab bagi orang bertarawih malam ini.

Malam ke-25:
Allah Taala mengangkat Anda dari siksa kubur.

Malam ke-26:
Allah mengurniakan pahala kepada orang bertarawih pada malam ini seperti 40 tahun ibadat.

Malam ke-27:
Allah mengurniakan orang bertarawih pada malam ini, segala kekuatan meniti titian Sirotolmustaqim sepantas kilat.

Malam ke-28:
Allah Subhanahuwata'ala mengurniakan pahala 1000 darjat di akhirat.

Malam ke-29:
Allah Subhanahuwata'ala mengaruniakan pahala 1000 kali haji yang mabrur.

Malam ke-30:
Allah Subhanahuwata'ala beri penghormatan kepada orang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kautsa.

Lafaz niat:




Ø£ ُصـَــلـِّــى سـُــنـَّÙ€َــة َ الــتـَّÙ€َــرَاو ِيـْــح ِ رَكـْــعـَــتـَــيـْــن ِ لـِــلـَّÙ€َـه تـَــعـَــالـَــى

Niat di hati: “Sengaja saya solat sunat tarawih dua rakaat kerana Allah Ta’ala.”



Tuesday, May 17, 2011

10 KEBAIKKAN ORG BERILMU

10 Kebaikkan yang perlu ada pada setiap umat Islam dan sekali gus menjadikan mereka orang yang berilmu:

1. Rapatkan Ukhwah dengan memberi salam "As'salamualaikum" dan "Bersalaman".... kerana
    orang yang memberi dan menyambut salam, akan mendapat keberkatan apabila 70
    malaikat memberi salam keatas mereka pula.

2. Saling kunjung mengunjungi dimajlis kenduri yang dijemput sahabat.

3. Saling memberi dan membantu sahabat didalam kesusahan dan ziarah sahabat apabila dalam kesakitan.

4. Saling tegur menegur dan memberi nasihat kepada ahabat yang memerlukan.

5. Beri ucapan tahniah sekiranya sahabat mendapat kejayaan, supaya dia gembira.

6. Redakan kesusahan dan kesulitan sahabat apabila dia lebih memerlukan sokongan.

7. Iringi jenazah sahabat hingga keliang lahat bila dia meninggal dunia.

8. Sentiasa baik sangka dan beri kata- kata indah yang ditafsirkan dengan Ilmu.

9. Sentiasa mendoakan sahabat dengan kebaikkan, walaupun dia benci dan tidak menyukai kita.

10. Sentiasa mengeluarkan kata-kata indah apabila bercakap dengan sahabat walaupun ianya tidak kita
      kenali.

Sebahagian Ilmu yg dapat kusampaikan utk kita renung bersama.
Apa yg silap dapat kita perbaikinya. Mudah-mudahan ini dapat membantu sedikit sebanyak apa yg tidak diketahui. 

Saturday, May 7, 2011

SELAMAT HARI IBU 2011

Sekitar tahun 1980
Kuala Lumpur....
Menunggu kedatangan
Sebuah keluarga dari Desa
Mengorak langkah kekota
Tanpa pengalaman....
Tanpa lelaki....
Bernama Suami....
Sebagai penaung keluarga

Ibu.....
Perit kehidupanmu.....
Tak siapa yang tahu
Demi mencapai hasrat....
Untuk memenuhi impian murni
Mencari sesuap nasi...
Mengisi tujuh nyawa
Yang ketika itu...
Masih kecil belaka

Ibu.....
Pengorbananmu tidak terhingga
Walau kuhidup seribu tahun.....
Tak mungkin dapat kubalas.....
Setiap jasa yang kau taburkan
Tak dapat kumenandingi
Segala yang kau curahkan selama ini
Untuk keluarga mu....
Membesar dan mendidik..
Tanggungjawab yang dipikul
Seorang diri

Ibu.....
Agungnya cintamu membelah hari
Tanpa rasa jemu....
Kau gagahi langkah nan gontai
Menyusuri onak dan ranjau masa
Kesabaran mu melayani
Setiap kerenah anak-anak mu
Tanpa menghiraukan dirimu
Aku kagum dengan Ibu...
Begitu kuat....
Berjiwa kental..
Tak mudah rebah
Hingga kehari ini

Ibu....
Kini usiamu....
Menjangkau 73 tahun
Ya Allah Hu Ya Rabbi...
Kupanjatkan syukur kehadratmu...
Moga Ibuku diberi....
Kesihatan yang sempurna
Hingga hujung nyawanya
Amin......

Catatan


Coretan puisi ini kukarang khas buat Ibuku yg bernama SITI ZARIAH BT SA'AT.
Moga Allah memberkati hidup Ibu yg tabah dalam segala hal.
Membesarkan anak2 selepas pemergian suami kerahmatullah pada tahun 1980.
Pada ketika itu usiaku 12 tahun dan adik bongsu berusia 1 tahun setengah.
Segala jasa dan pengorbanan Ibu selama ini tak akan ku lupa hingga keliang lahad.

Sunday, May 1, 2011

HARGAI DAN CINTAI DIRI SENDIRI

Kita perlu mempunyai satu sikap yang dipanggil yakin diri. Apabila kita mempunyai keyakinan diri, maka kita akan mempunyai masalah untuk melakukan sesuatu pekerjaan yang disuruh oleh pihak lain sewaktu bekerja. Kita yakin bahawa kita boleh melakukan kerja yang disuruh dengan mudah dan tiada sebarang masalah yang dihadapi. Apa yang penting ialah, kita mesti menghargai kebolehan diri sendiri dan memulakan hidup dengan lebih ceria.

"Cintailah diri kamu sendiri sebelum kamu mencintai diri orang lain". Jelas daripada maksud sepotong hadis ini, kita dapat memahami bahawa kita perlu mencintai diri sendiri terlebih dahulu berbanding orang lain. Diri kita yang selama ini masih pada tahap lama dalam pekerjaan perlu dipertimbangkan dengan cara yang dinyatakan diatas. Kita perlu memulakan kehidupan kita dengan ceria dan penuh dengan senyuman.

Apabila kita menyukai sesuatu perkara atau pekerjaan, maka kita akan mencintainya, dan bila cinta itu hadir, maka kita akan menghargai segalanya, dan jika kita menghargai sesuatu perkara, maka timbulah satu tanggung jawab yang harus kita pikul untuk mendisiplinkan diri. Segala-galanya lahir dari dalam diri, dan setiap perbuatan adalah bermula dari dalam diri dan juga dimulakan dari dalam rumah.

Tujuan sebenar hidup adalah untuk mengabdikan diri kepada Allah SWT. Kita kadang-kadang lupa pada pencipta apabila dikurniakan nikmat. Jangan sangka nikmat yang diberikan itu berpanjangan, kerana bila2 masa saja akan ditarik. Apabila ditarik keseronokan yang selama ini diberi barulah kita mula mencarinya. Begitulah kehidupan manusia yang sentiasa melakukan kesilapan tetapi ruang untuk bertaubat sentiasa terbuka. Seteruk mana pun kesalahan yang dilakukan masih ada lagi ruang untuk memperbaiki diri.

Firman Allah dalam surah Al-Mulk Ayat 2 yang bermaksud :


"Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu : siapakah diantara kamu yang lebih baik amalnya dan ia maha kuasa (membalas amal kamu), lagi maha pengampun, (bagi orang2 yang bertaubat)."

Oleh yang demikian tetapkanlah hala tuju. Tahu tanggungjawab dan keutamaan anda. Jangan habiskan masa dengan perbuatan yang sia2. Jangan sia-siakan hidup dengan duduk diatas kerusi sambil jari-jemari menekan tetikus dan mata melihat status facebook sepanjang hari tanpa ada rehat. Bersedialah untuk berubah kerana Allah. Kita sebenarnya sudah memilih landasan yang betul sebagai panduan, cuma yang membezakan adalah sejauh mana kita boleh menggunakan panduan tersebut untuk kekal berada dijalan yang benar.

Internet juga bukan untuk membuang masa dan melalaikan setiap orang, tetapi carilah manfaat berguna dan carilah ilmu yang sesuai untuk kita pelajari dari dalam internet. Jangan sampai melayari internet hingga lupa hal2 dunia dan akhirat.

moga segala luahan dan kata2 dalam blog ini tidak menyinggung mana2 pihak yang membaca. sekadar renungan untuk kita sama2 perbaiki diri. Saya juga mempunyai banyak kesilapan dan kesalahan, harap maaf.

"Sesungguhnya segala yang baik itu datangnya dari Allah, dan yang buruk itu adalah dari kesilapan saya sendiri".

KETENANGAN HATI

Ketahuilah bahawa, Agama Islam ada memberikan ubat dan penawar dalam merawat ketenangan. Berikut adalah perkara2 atau langkah2 yang boleh dilakukan untuk mendapat ketenangan jiwa.

  1.  Membaca dan mendengar Al-Quran
  2. Menyayangi orang miskin
  3. Melihat orang yang dibawah, jangan melihat keatas
  4. Menjaga Silaturahim dan Ukhwah
  5. Banyak mengucapkan "La haula wa la quwwata illa billah"
  6. Mengata yang haq (benar) sekali pun pahit
  7. Tidak ambil peduli terhadap celaan orang lain, asalkan yang kita lakukan benar kerana Allah
  8. Tidak meminta kepada orang lain
  9. Menjauhi hutang
  10. Selalu berfikiran positif
Selamat mencuba, kerana mencuba itu lebih baik dari bertanya tapi tidak mencuba.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------

"Orang yang berfikiran positif akan melihat peluang dalam semua keadaan. Manakala orang yang berfikiran negetif akan melihat masalah dan alasan berbanding faedah dalam segala keadaan."


  • Menjauhkan diri dari urusan dunia yang tidak memberi manfaat Akhirat dan lebih menyukai kepada urusan Akhirat
  • Sangat berminat membaca Al-Quran dan beribadat kepada Allah SWT
  • Tidak bercakap dengan perkara yang tidak memberi faedah
Rasulullah s.a.w bersabda :

"Jadilah kamu seorang yang warak, nanti kamua akan menjadi sebaik-baik hamba Allah. Jadilah kamu seorang qanaah, nanti kamu akan menjadi orang yang paling bersyukur kepada Alllah. Sedikitkanlah ketawa kerana banyak ketawa itu mematikan hati."
                                                                    (Hadis Riwayat al-Baihaqi)

Rasulullah s.a.w bersabda :

"Lihatlah ornag yang lebih bawah dari kamu, jangan melihat orang yang tinggi daripada kamu, kerana dengan demikian kamu tidak akan lupa segala nikmat Allah kepadamu."
                                                                    (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)



JAMAL ABDILLAH : KEMBALILAH (HQ Audio)




Kembalilah

Kembalilah wahai sayang
Padaku yang kesepian
Bawakanlah kupenawar 
Rindu......

Tiada kata tiada pesan
Di kau pergi meninggalkan
Kukembara mencarimu
Kasih.......

c/o Usah kau turutkan
      Resah dihati mu
      Usah kau kenangkan
      Kisah lalu.....
      Derita kesedihan
      Telah ku lupakan
      Hulurkan tanganmu
      Wahai sayang.......

      Akan ku dirikan
      Mahligai impian
      Di kaulah dewiku
      Pujaanku.....

Kembalilah wahai sayang
Kurindukan kemesraan
Sinarilah cinta suci
Kasih......

Friday, April 22, 2011

KULEPASKAN JUA AKHIRNYA

Lama rasanya tak menulis blog ni. Terlalu sibuk dengan kerja harian......
Rindu nak mengarang puisi......
Puisi, Sajak, Pantun dan mengarang cerita ni memang dah jadi minat sejak dibangku sekolah lagi.
Kali ni saya nak mengarang puisi....tajuk....:-

Kulepaskan jua akhirnya

Sayangku....
Sekian lama kita bersama....
Bergurau senda dalam irama....
Kasih berputik berbunga cinta...
Siang dan malam tidur tak lena...
Teringat dirimu....

Sayangku.....
Lirik matamu sungguh menggoda...
Senyum manismu pengubat dukaku...
Ketika kau tiada hatiku sunyi...
Gambarmu pengganti dikala sepi...
Setiap detik, saat, waktu dan ketika....
Rinduku betandang memuja dirimu...
Biar kutatap potretmu selamanya....
Agar bertakhta di sanubari...

Kasihku....
Kini semua tinggal kenangan..
Merana diriku hampa keciwa...
Lupakah kau pada cinta kita..?
Yang dulu pernah gembira bersama...
Lupakah kau pada janji kita...?
Yang dulu akan sehidup semati...
Kini kau pergi meninggalkan aku...
Tanpa berpaling....

Kasihku....
Kutahu kau bukan miliku..
Terpaksa kulepaskan jua akhirnya...
Namun kau tetap dalam ingatanku...
Izinkan aku menyintai dirimu....
Walau dalam khayalanku...
Kerna kutahu kita tak dapat bersama...
Wajahmu kini telah terpahat....
Tak mungkin kulupa buat selamanya...

Kasihku...Sayangku....
Biarlah aku mengundur diri...
Agar kau terus bahagia...
Walau terkubur cinta kita....
Kuredha..........

Saturday, January 29, 2011

KEMBALI KERAHMATULLAH AKHIRNYA

Lanjutan dari  rentetan kisah yg berjudul "Insaf..." yang pernah saya paparkan dalam blog ini....berkenaan seorang Isteri yang banyak melakukan kesilapan pada Suami dan keluarga......kini telah kembali ke Rahmatullah pada pukul 2.30 pagi ni. Memang memeranjatkan bila Ibu saya beritahu bahawa dia telah meninggal dunia....Tapi saya tak dapat nak melawat jenazahnya kerana sibuk ngan kerja seharian. Namun saya tak terkilan, kerana telah pun melawatnya semasa dia dalam keadaan tenat. Allah lebih menyayanginya maka itu dia kembali awal diusia 46 tahun. Kisah penderitaan semasa hayat hingga dia kembali menyahut panggilan Illahi akhirnya....dah cukup menginsafkan kita.

Cuaca pagi ini begitu sejuk dengan hujan yang tidak berapa lebat. Pemergian seorang insan yang kukenali lama dan juga saudara telah menyedihkanku dan juga teman2 rapatnya. Ramai juga teman2 sekampung yang pergi melawat jenazahnya pagi ini. Yang pergi sudah dijanjikan.....yang hidup harus menuju tujuan yang ditetapkan. Moga kita semua tidak leka dengan kehidupan yang penuh dugaan ini.

Semoga Allah mengampun segala dosanya dan mencucuri rahmat keatas rohnya.....Amin.

Thursday, January 27, 2011

DIRI BAGAI CERMIN

Cermin oh cermin.....!! Berapa ramai Manusia didunia ini menganggap diri umpama cermin...? Jika kita tahu apa itu Cermin, maka tak susah untuk kita menilai dari sudut diri kita sendiri sebelum menilai orang lain. Cermin bukan untuk seseorang berhias sahaja.....malah cermin juga adalah bentuk peribadi seseorang. Sebagaimana anda mencerminkan diri, seperti itu jugalah ornag akan menilai anda. Cermin tidak pandai menipu manusia......kerana apa yang kita lihat dicermin begitulah yang akan orang melihat kita.

Akhlak kita jua harus dijaga seperti cermin.....kerana jika cermin itu pecah maka wajah kita juga akan berubah. Cermin juga perlu digilap supaya permukaan cermin tidak kelabu dan kotor, begitulah hidup peribadi setiap insan....harus diperbaiki hari demi hari supaya tidak menjadi cacat peribadi. Biarlah diri yang cacat, asal peribadi mulia disisi Allah. Perumpamaan Cermin ni memainkan peranan pada semua insan untuk mengukur diri dan peribadi dari hari ke hari supaya Akhlak terjamin disisi Allah.

Insya'allah.....jika kita hidup dalam beringat, pasti Allah membuka jalan untuk kita insaf dan kembali kepangkal jalan. Satu perkara yang manusia selalu lakukan ialah suka menilai sikap dan peribadi orang lain tanpa mencerminkan peribadi sendiri dahulu. Maaf jika kata2 ni menyinggung perasaan mana2 pihak....sebab dari kajian saya sejak dulu hingga kini, tak banyak beza. Manusia tetap tak berubah sikap malah bertambah buruk lagi. Dari itu saya syorkan Cermin untuk kita perbaiki nilai peribadi kita setiap detik kehidupan ini. Hidup perlu diperkukuhkan dengan akhlak peribadi yang tinggi dan mulia disisi Allah. Jangan sekali2 kita sombong dengan akhlak yang dipuji manusia....kerana belum tentu kita dipuji disisi Allah.....setiap insan didunia tidak ada yang sempurna, kerana Allah itu maha kaya dan maha mengetahui dan setiap kebaikan itu datangnya dari Allah.

Wahai pembaca dan teman2 semua....! kita sepatutnya menjadikan cermin itu idola untuk kita memperbaiki setiap kelemahan pada diri. Jangan jadikan orang lain sebagai Idola untuk kita tiru setiap gerak langkahnya....kerana setiap Insan tiada yang sempurna melainkan Allah semata2.

Tidak boleh iri hati melainkan dalam dua perkara iaitu :-
"Seseorang yang telah dikurniakan Allah Harta lalu dibelanjakan hartanya itu kejalan yang benar (yang diredhai Allah) dan orang yang dikurniakan oleh Allah Ilmu Pengetahuan, lalu ia mengeluarkan sesuatu hukum berpandukan Ilmunya (Al-Quran dan Hadith) serta diajarkanya pula kepada orang lain"
                                                                                                  (hadis Bukhari)

Friday, January 21, 2011

INSAF.....!

Baru-baru ni dalam bulan januari 2011, saya pergi melawat keluarga seseorang (islam) yang terlantar dirumah kerana nazak. Bila sampai disana memang terperanjat gak dengan keadaan dia yang lemah dan tak bermaya. Sesiapa saja yang datang, Isterinya akan meminta maaf dari hujung rambut hingga kaki. Hairan dalam sekelip mata Allah jadikan dirinya lemah tak berdaya. Disebabkan sakit buah pinggang dari sebelah, kini dah jangkit dua2 sekali menjadi rosak......maka doktor pun dah tak terima dan hanya disuruh berehat dirumah jer. Dihospital pun air dah tak boleh masuk.....tambah memeranjatkan lagi bila saya lihat ada kesan lebam warna merah kehitaman dilengan kanannya dan besar lebamnya. bila ditanya kenapa jadi gitu...! katanya kesan tu kerana air tak masuk yang menyebabkan lebam. Saya pun diam.....tapi rasa macam yakin ngan tidak jer....yang paling memeranjatkan saya, bila Suami dia tunjuk  ada lagi kesan lebam di peha hingga naik diperut.......kali ni warnanya hitam dan saya rasa takut tengoknya. Saya tanya lagi kenapa jadi gitu...! Suaminya kata doktor masukan air dan cuci buah pinggang Isterinya melalui peha......saya jadi buntu dengar cerita tu, antara percaya dengan tidak.

Berita terbaru saya dengar.....Isterinya dah sembuh sikit dari penyakit dan boleh duduk. Saya ucapkan syukur kepada Allah......tapi yang membuatkan saya rasa insaf mendengarnya apabila mereka mengatakan kesembuhannya adalah dari punca dia telah berubat cara kampung dan didapati semasa mudanya telah menuntut Ilmu.....dan bila Ilmu tu dibuang barulah dia pulih sedikit. Dari sumber yang saya dapat tahu, Isterinya pernah menuntut Ilmu penunduk dan pengasih untuk dirinya supaya orang semua suka dan dengar cakapnya termasuk Suami dia. Apa yang memeranjatkan saya semasa mudanya dia telah membuat nasi tangas pada Suaminya.......dan didapati kesan hitam dicelah kelangkangnya adalah punca dari perbuatan memberi Suami makan makanan yang "kotor".....Na'uzubillah....

Keadaan keluarga (islam) itu memang memeranjatkan sangat.....bayangkan bila disuruh lap badan Isterinya dengan air yang dah dijampi dan harus didahului dengan baca ayat kursi lepas tu selawat.....tapi tak seorang pun dalam keluarga tu yang tahu baca ayat kursi. Kenapa jadi gitu.....dari Suami, Isteri dan anak2 semua tak tau......orang yang ubatkan Isterinya suruh mereka satu keluarga mendirikan solat....dan yang paling terperanjat beruk dengar ialah.....bila mereka satu keluarga menjawab....."solat tu apa...?" Astaghfirullah hal'azim.....mengucap panjang dibuatnya.

Artikel yang saya dapat dan paparkan ini bukanlah niat untuk mengaibkan mereka dan sesiapa saja, tapi sekadar kesedaran yang dapat menginsafkan kita semua akan kehebatan Allah jika kita leka dan memilih jalan yang salah. Moga Allah dapat mengampunkan mereka dan Isterinya. Harap Isterinya juga minta keampunan dari Suaminya. Kisah ini cukup menginsafkan sesiapa saja yang ingin membuat sesuatu perkara tanpa berfikir panjang dan mementingkan diri sendiri. Harap ianya jadi pengajaran pada semua pembaca......

"Tidak ada keberanian yang paling disukai Allah selain dari keberanian hamba menahan marah. Tidaklah seorang hamba itu menahan marahnya melainkan Allah S.W.T akan mengisi dadanya dengan keimanan"
                                                                                  (hadis riwayat Al-Ibn An-Najjar)

Wednesday, January 19, 2011

REMAJA SILA JAWAB....???

Remaja khususnya, berbagai cerita yang tak baik selalu terdengar berkenaan sikap remaja sekarang. Mengapa dibiar diri jadi bualan kepada perkara tak baik....? bukankah bagus kalau jadi bualan ramai kerana jasa yang di pertontonkan. Beringatlah wahai remaja hari ini, langit tidak selalu cerah......laut tidak pernah tenang......alam tidak akan sunyi......Begitu jugalah dengan kehidupan setiap insan didunia ini. Bukankah setiap manusia dikurniakan Nyawa, Akal, Hati dan Nafsu? Apa yang anda lakukan dengan empat perkara itu....?

Cuba kita renungkan......

  1. Nyawa yang Allah berikan bukan untuk disia-siakan, tanpa nyawa manusia tidak akan hidup, maka dari itu hargailah nyawa pemberian Allah dengan sebaik mungkin. 
  2. Akal pula adalah untuk kita membuat sesuatu perkara dengan berfikir dahulu baru bertindak. tanpa akal manusia hilang upaya dan punca, maka dari itu hargailah akal pemberian Allah dengan sebaik mungkin.
  3. Hati adalah bahagian yang sangat berharga dalam diri kita. Terutama jika hati rosak, maka musnahlah kehidupan seorang insan itu. Tanpa hati manusia tidak akan mendapat ketenangan lahir batin, maka dari itu jagalah hati pemberian Allah.
  4. Nafsu pula adalah bahagian kawalan dalam diri, bukan sekadar menurut nafsu saja malah semua perkara melibatkan nafsu. Tanpa nafsu manusia hilang kawalan diri, dari itu jagalah nafsu dengan sebaik mungkin untuk diri, kehidupan dan kesihatan umumnya.

Empat perkara diatas tu bukanlah nak ceramah pula, tapi sekadar ingat mengingati saja. Gabungan empat perkara diatas tu penting untuk menguatkan lagi Akidah kehidupan setiap insan. Yang saya nak tekankan disini adalah tentang sikap segelintir remaja yang dah terpesong agak jauh ni. Cuba kita lihat disekeliling tempat tinggal apa lagi di Ibu Kota Bandaraya. Kisah remaja hidup songsang berleluasa sana sini, perkara ini berlaku bukan sahaja dalam Malaysia, malahan di luar Negara juga. Hingga hari ini tak pernah habis dengan masalah remaja buat hal, sampai Ibu Bapa dan pihak atasan pun tak dapat kawal. Wahai remaja.....! bangga sangat ke diri tu menyusahkan orang dan keluarga.....?????? Tak terfikir ke otak tu jika perkara begini berlaku kepada anda (remaja) suatu hari kelak....?



Wahai Mat Rempit......! apa faedahnya anda menunjuk lagak ditengah jalan raya dengan berbagai aksi....? Jangan bangga sangat dengan gaya yang orang semua menyampah tengok.......jika dah masuk dibawah lori dengan nyawa melayang, badan berkecai, muka hancur, hilang kaki tangan dan daging berciciran sana sini. Sudikah anda jika jenazah anda tak dapat dimandikan, ditambah lagi dengan sisa daging dikutip orang disana sini. Apa pula perasaan Ibu dan Bapa yang telah melahir dan mendidikkan anda hingga remaja...? Tidak takutkah anda dengan Azab kubur yang menyakitkan selamanya....? Sila jawab.....????

Wahai Raja dan Ratu Maksiat.....! apa pula faedah anda bergelumang dengan dosa yang menjijikkan ini....? Mengapa mudah sangat hanyut dalam kancah dosa yang tiada noktah ini....? Dimana letaknya maruah anda sebagai anak remaja yang mengangkat martabat orang Islam....? Pujukan Syaitan jenis apa yang anda ikut...hingga sanggup menggadaikan maruah diri, keluarga dan Agama? Sedarlah wahai remaja sekarang bahawa keseronokan tidak akan kekal lama.....inginkah anda mati dalam keadaan aib....? Tidakkah anda takut akan Azabnya diakhirat kelak jika ini keputusan anda buat dengan meghancurkan harapan Ibu Bapa. Tidakkah anda terfikir jika maksiat yang anda lakukan hingga melahirkan anak luar nikah dan dicampak disana sini akan dituntut oleh sianak di Akhirat kelak.....apa yang anda nak jawab...???? Bayangkan diri anda dicampak oleh Ibu Bapa anda pula....? Sila jawab....??????

Wahai Mat Pit (dadah).....! apa yang anda dapat dengan menghisap ganja....? Setahu saya orang kaki ganja hidupnya bagai bangkai bernyawa dan dipandang hina. Kalau nak cerita pasal selekeh, semua tahu siapa orangnya....kemana hilangnya anak remaja yang segak, kacak dan bergaya hingga ramai anak gadis yang tertawan...? Apa yang anda (mat pit) dah buat pada diri anda sendiri...tidakkah anda kasihan pada kedua orang tua anda yang menderita dengan sikap anda....? Cuba anda bayangkan diri anda berada ditempat mereka (ibu bapa), apa perasaan anda.....? Keseronokkan apa yang anda dapat dengan menghisap ganja, hingga khayal menguasai diri.....jalan terhoyong hayang hingga tak sedar dah terjun bangunan atau dah tergelimpang ditepi jalan, kalau bernasib baik.....dapatlah masuk pusat pemulihan. Alangkah seksanya jiwa seorang Ibu bila anak yang menjadi harapan kedua orang tua telah memilih jalan yang sesat. Apa pula perasaan anda.....sila jawab....?????

Wahai Kaki Goda.....! apa lagi yang tak puas pada diri anda selama hidup didunia hingga sanggup menggoda hak milik orang lain. Tak kiralah goda suami orang, tunang orang, kekasih orang dan bapa orang. Kenapa sanggup melakukan perkara yang memalukan diri sendiri...? Tidakkah anda bayangkan jika apa yang anda (penggoda) lakukan ini, suatu hari kelak akan terjadi pada Ibu, Bapa atau diri anda sendiri. Atas kajian yang saya buat, ramai sangat penggoda yang suka hak milik orang. Kalau Lelaki bujang kenapa sukakan Isteri orang atau perempuan yang lebih tua dari mereka....yang anak dara pula, kenapa sukakan suami orang atau Lelaki yang berumur.....? Begitu juga dengan kisah Datuk yang dah bercucu ramai masih ada hati mahu kahwin dengan gadis belasan tahun....tak kurang juga Isteri orang yang suka simpan Lelaki bujang sebagai peneman sepi........apa sudah jadi daaaaa....???? Sila jawab.....?????

Wahai Kaki Arak dan Disko.....! apa yang anda dapat dengan meminum air kencing syaitan tu hingga jadi pemabuk dan jalan terhoyong hayang...? Tidakkah anda terfikir jika memandu dalam keadaan mabuk akan membahayakan nyawa orang lain apa lagi nyawa anda sendiri...? Ramai sangat anak remaja sekarang suka buang masa ke disko dari mencari Ilmu di Masjid......kenapa ye...? Bagi mereka, jika duduk dimasjid dengar syarahan dan solat membuat mereka panas.....tapi bila pergi kedisko dan minum arak membuat mereka bahagia. Tolonglah fahami wahai remaja bahawa pintu Masjid itu penolong anda untuk menuju ke Syurga dan hidup anda diberkati Allah seluruhnya......dan pintu Disko itu pula mendorong anda ke Neraka Jahanam dan jika meminum arak pula segala Amalan anda tidak diterima dan hilang selama 40 hari berturut-turut. Apakah ini yang anda kejar dalam kehidupan...? Apakah ini yang dipanggil mencabar...? Apakah ini yang akan anda pertontonkan pada generasi mendatang...? Apakah ini yang anda bangga-banggakan jadi umat Islam...? Apakah ini yang akan anda bawa diliang lahad kelak...? Sila jawab....??????

Ada banyak lagi perkara yang melibatkan tentang Akhlak remaja yang semakin jauh menyimpang. Paparan yang saya siarkan ini, sedikit sebanyak dapat memberi iktibar dan pengajaran kepada semua para remaja Islam khususnya di Malaysia ini. Harap Pihak Atasan dan Kerajaan turut campur tangan dalam menangani masalah Remaja zaman yang serba canggih ini. Kalau perlu dikurangkan apa yang patut....harap kurangkan. Begitu juga kalau perlu ketengahkan apa ynag membawa kebaikan dan Ilmu, haruslah diusahakan. Bukankah Remaja pemangkin generasi mendatang....! Jika kita tidak bertindak dari sekarang, remaja pasti akan lenyap dimuka bumi ini. 

Apa yang saya ceritakan ini belum masuk kisah Remaja terlibat dengan samseng jalanan, Perompak remaja, Pembunuh, Anak Derhaka, Remaja lari dari rumah, Remaja lepak, Remaja terlibat dengan kecurian motor dan berbagai lagilah. Apakah kita semua hanya mahu melihat dan berpeluk tubuh saja dengan gejala-gejala yang tak bermoral ini....? Selesaikah masalah dengan hanya Nasihat tanpa berbuat sesutau perkara yang mendatangkan kebaikan untuk remaja...? Mampukah hanya mengalirkan air mata sahaja dengan menyaksikan perbuatan mereka  tanpa perlu memberi didikan Agama...? Sanggupkah Negara memikul beban Remaja begini yang akan memalukan Negara itu sendiri....? Sila jawab.....?????

Harap maaf jika perkara yg dipaparkan telah menyinggung mana2 pihak. Apa yg saya tulis ni berdasarkan kisah2 yg telah saya saksikan sendiri dan tidak terniat menuding mana2 pihak samada yg telah tiada atau yg masih hidup.......cuma saya harap, dapatlah kiranya kita perbaiki setiap kesalahan dan janganlah kiranya ambil hati dengan bicara yg saya luahkan ini. Bukankah tegur menegur dan nasihat menasihati amalan yg murni. 






Sunday, January 16, 2011

SOAL TUDUNG, APA YANG NAK DIPERTIKAIKAN...?

.

Pakaian Wanita Islam













Pakaian Wanita Kristian
                               Siapa tiru siapa ni....????

Cuba lihat pakaian diatas....tiada banyak beza antara Islam dan Kristian.....
Siapa yang harus dipersalahkan...???
Mengapa terlalu banyak pertikaian dalam bab pemakaian tudung.....???
Bagaimana nak didik generasi muda memakai tudung, jika ada saja yang menjadi kesalahan.....?
Atau ada pihak yang iri hati terhadap fesyen Wanita zaman moden.....????
Adakah Islam melarang untuk berfesyen....???
Yang mana harus diambil tahu....Wanita yang sudah menutup aurat atau yang masih mendedahkan aurat...???

Mengapa perlu kutuk pakaian Wanita Islam seolah meniru pakaian Kristian...? Sepatutnya kita ajar anak-anak mengenakan pakaian yang menutup aurat.....jika Wanita Kristian tahu menutup aurat, mengapa Wanita Islam mendedahkan aurat....? Walau pun ia nampak sama tapi tetap tak serupa. Agama tetap berlainan. Ciri-ciri Wanita Islam tetap dikenali. Ini kerana Wanita Kristian jika mengenakan tudung dan berjubah, mereka tetap Kristian dengan lambang salibnya. Mereka juga berpakaian begitu disekitar gereja. Berlaianan dengan Wanita Islam, kerana pakaian mereka adalah harian dan untuk dipakai dimana sahaja. Dari itu Pakailah pakaian yang berwarna putih kerana ia melambangkan kebersihan.

Jangan mudah menuding jari pada Wanita Islam dengan mengatakan pakaian mereka menyerupai Kristian....apa pula hukum orang yang menuduh seseorang menyerupai kristian sedangkan dia ikhlas menutup aurat kerana Allah....? Dari itu selidik dulu apa kebenaran disebalik pakaian......siapa saja boleh meniru pakaian seseorang.....tetapi Agama tetap yang satu....tiada orang mempunyai dua Agama. Seperti dalam firman yang Allah telah turunkan pada Nabi Muhammad S.A.W yang berbunyi......."Wahai Nabi, suruhlah Isterimu, Anak- anak Perempuanmu serta Perempuan-perempuan yang beriman agar melabuhkan pakaian mereka bagi menutup seluruh tubuh (apabila melangkah keluar rumah). Dengan sedemikian dapat mengenali mereka sebagai perempuan yang baik-baik dan jauh dari gangguan. "
Ingatlah juga Allah maha Pengampun lagi maha Penyayang.....

BUKAN NIATKU UNTUK MENYALAHKAN ANTARA SATU SAMA LAIN....TAPI BERPADA-PADALAH
MENILAI ORANG LAIN....ISLAM TIDAK MENYURUH KITA MENGHINA, APALAGI MENGUTUK....


Monday, January 10, 2011

LELAKI JANGAN SILAP MENTAFSIR WANITA

Lelaki oh lelaki...! itulah yang selalu didengar bila lelaki buat hal. Tetapi jika direnung apa yang menyebabkan wanita mengeluh dengan sikap orang lelaki ni, adakalanya benar juga. Cuba kita lihat rata-rata didunia ini, kebanyakkan Lelaki cepat merasa bosan dengan sesuatu perkara. Yang paling banyak berlaku adalah sikap Lelaki yang semakin tua semakin menjadi......bak kelapa, lagi tua lagi banyak santannya. Itulah yang selalu saya kaji dan lihat diserata pelosok kehidupan sebagai Suami Isteri dan sepasang kekasih.

Kalau difikirkan mengikut kajian sesungguhnya, orang Lelaki ni mempunyai kelemahan dalam hidup. Mereka kalah bila melihat Wanita, Iman pasti bergoncang bila seorang Wanita lalu didepan mata....tak kira samada Wanita itu bertudung menutup aurat yang sopan, tak bertudung dengan make up yang tebal apalagi yang seksi dan mewarnakan rambut...! Ini bukan cakap kosong atau menghina kaum Lelaki, tapi inilah yang selalu terjadi di serata pelosok dunia. Begitu juga sebaliknya......tak mustahil seorang Wanita itu terjerumus di dalam Api Neraka disebabkan Lelaki.

Lelaki selalunya mudah jemu dengan pasangan terutama di zaman yang serba canggih ini. Mereka cepat terpesona dengan kegairahan Wanita zaman sekarang yang rata-rata suka menarik perhatian Lelaki. Menurut kajian yang saya buat dan cari, ramai pasangan Suami Isteri yang tidak puas dengan pasangan masing-masing......bukankah itu boleh dibawa berbincang dan perbaiki diri masing-masing. Dalam dunia ini terlalu banyak kaedah yang telah wujud, begitu juga dengan berbagai-bagai perawatan ubatan dan herba yang boleh merawat segala macam masalah. Wahai orang Lelaki.......jangan kerana tidak sempurnanya seorang Isteri itu, anda mudah mencari ganti. Cuba anda pandang dicermin......adakah diri anda sempurna seluruhnya...? Hidup kita sebagai makhluk tuhan, tidak pernah sempurna, maka terimalah pasangan anda seadanya....? Bukankah kaum Wanita itu Amanah Allah kepada anda untuk mendidiknya kejalan yang diredha?

Ingatlah wahai kaum Adam....Wanita juga punya perasaan dan harga diri, terutama seorang Isteri. Anda sebagai Lelaki dan ketua dalam sebuah Rumahtangga, harus punyai tanggung jawab untuk mendidik dan membentuk Keluarga kejalan yang diredha Illahi.....bukan menuding jari pada pasangan siapa salah siapa benar.....Perbaiki akan kelemahan itu penting untuk menjamin kebahagiaan dan kerukunan Rumahtangga. Orang Lelaki juga harus ingat.......seorang Wanita akan teserlah kecantikkan aslinya adalah di usia 40 tahun. Jangan memandang "Cantik" seorang Wanita pada paras rupa, kerana itu tidak akan kekal lama. Wanita yang cantik dan dijaga akhlaknya adalah yang menurut perintah Agama.

Apa yang saya lihat Lelaki selalunya mudah tertipu dengan kecantikan palsu seorang Wanita. Mereka mudah terpesona pada Wanita yang suka berhias, bukankah itu hiasan kepalsuan.......dimana keasliannya...? Ada seorang kawan saya yang mengeluh dengan sikap suaminya yang sukakan pada kecantikkan semata-mata. Suatu hari dia bersuara pada Isterinya........"Awak ni selekeh jer, cubalah pakai lawa sikit....kalau jalan dengan saya pun selekeh, duk rumah pun selekeh......cuba tengok Isteri orang sebelah tu.....sentiasa lawa, barulah sedap mata memandang....!" Dari perkataan itu kita dah dapat point akan sikap lelaki ini. Suatu petang, mereka Suami Isteri ini keluar berjalan pergi Shopping.....si Isteri pun melaramlah seperti yang disuruh Suami tadi, tiba-tiba seorang lelaki merenung Isterinya dan kenyit mata......si Suami nampak dan timbul rasa cemburu. Bila sampai dirumah, Suaminya bersuara......."ambooooi.....! awak pandang lelaki sampai tak ingat saya ada disebelah yer....main kenyit mata lagi....!" Si Isteri pun menyampuk......."saya terpandang dia, mana saya tau dia nak kenyit mata.....bukan salah saya....." Suaminya bengang dengan kata Isterinya......"lain kali tak payah pergi jalan lagi, duk rumah aje.....!" keluh Suaminya.

Itulah yang saya nak pertikaikan disini. Kekeliruan dan rasa serba salah lahir dihati seorang Wanita apabila Suami bersikap begitu. Seolah apa yang dibuat serba tak kena. Dimana letaknya maruah seorang Wanita jika Suami sendiri menghina....? Orang Lelaki senang-senang menghina Wanita itu hodoh atau selekeh, sedangkan itu Isterinya sendiri. Apa pula hukum jika Lelaki membandingkan Isterinya dengan Wanita lain sehingga melukakan hati si isteri....? Bukankah kecantikkan seorang Isteri itu adalah untuk tatapan Suami...? Bila Isteri tidak bersolek, disuruh bersolek.....dan bila bersolek mengapa cemburu...? Bukankah yang bernama Lelaki juga yang suka akan kecantikkan dan mudah tergoda.....mengapa nak disalahkan Wanita...? Jika Isteri bersolek dirumah untuk suami, mengapa Suami masih terpesona pada Wanita yang diluar yang mengenakan alat solek yang tebal...? Mengapa Lelaki mudah ditipu oleh Wanita yang cantik kerana berlandaskan alat solek...? Adakah Lelaki tidak pandai menilai kecantikkan asli atau sememangnya mereka ini tidak celik akal (buta)? Adakah kerana Lelaki bangga akan keegoan hingga menyebabkan mereka jadi begini? Dan mengapa Wanita cepat matang berbanding Lelaki yang seusia dengan mereka?

Saya tidak bermaksud menghina orang Lelaki, tetapi apa yang saya katakan diatas adalah kebenaran yang telah saya kaji selama ini. Wahai Lelaki.....! berfikirlah sejenak dan ambil iktibar akan apa yang saya tuliskan hasil dari luahan hati semua Wanita yang bernama Isteri. Sesungguhnya hidup setiap Insan didunia ini tidak ada yang sempurna, dan jangan sekali anda semua menghina orang lain kerana tidak sempurnanya seseorang.....kerana setiap kesalahan dan kesilapan itu boleh diperbaiki. Ruang yang Allah telah beri mengapa tidak diisi dengan Ilmu....? Lelaki atau Suami harus menjadi pemimpin "Contoh" dalam keluarga dan Umum.......kerana anda adalah "Cermin" pada setiap generasi. Fikir-fikirkanlah akan setiap kebenaran kata-kata, dan Cermin-cerminkanlah diri supaya tahu dimana silapnya diri.

Orang Lelaki juga jangan terlalu Taksub akan gelaran Ketua keluarga hingga anda "Ego" dan tidak mahu mengaku akan kesilapan diri. Seharusnya perbincangan dalam keluarga itu penting untuk memperbaiki setiap kesalahan diri masing-masing. berbincang adalah jalan penyelesaian untuk segala masalah dan berbincang juga dapat mewujudkan kasih sayang dalam rumahtangga, keluarga dan mengeratkan tali silaturrahim sesama Insan. Sebenarnya Lelaki mahu pun Wanita, masing-masing mempunyai kesilapan dan harus merendah diri.

Ingatlah........! Sesungguhnya setiap Manusia tidak ada yang sempurna dimuka bumi Allah ini kerana........ "Setiap yang baik itu datangnya dari Allah, dan yang buruk itu adalah dari kesilapan kita sendiri....."




https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhBEHsJYgAiI0fOOk0EXy9PxdgYEbJrinaQkejxYxgg_rSlGIlydWUbGwuQNWIXzs1ltGBpoQMK6rrf72GsI3YDDrE-bdsSH_7i7MmQSOfv0N1LPU6DL8-u9UbMy581s26y0tl_qCUkEoj_/s1600/muslim.bmp